TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


BN tidak mampu urus SAR mengikut Islam - MB Kelantan

Kerajaan Pas tidak yakin Pusat mampu urus SAR

MACHANG 6 Feb. – Kerajaan Pas Kelantan tidak yakin kerajaan Pusat mampu mengendalikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu mengikut kehendak Islam.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ini kerana dasar kerajaan Pusat tidak menepati kehendak Islam dan dalam keadaan pendirian kerajaan negeri dan Pusat yang tidak sama, soal mendaftarkan SAR dengan kerajaan Pusat tidak akan dilakukan pada ketika ini.

“Bila kita serah kepada kerajaan yang tidak menekankan dasar Islam, kita tidak yakin ia dikendalikan mengikut Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas pembinaan Masjid Keputeraan di Pulai Chondong di sini hari ini.

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra berkenan menyempurnakan peletakan batu asas masjid yang bernilai RM3.5 juta itu. Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid turut berangkat.

Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Jabatan Pelajaran negeri agar kerajaan negeri mengubah pendirian dan menerima tawaran kementerian supaya mendaftarkan SAR kepada kerajaan Pusat.

Setakat ini, hanya dua daripada 74 buah SAR di negeri ini berdaftar dengan kementerian itu, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Amalin A‘Ishah Putri.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun menegaskan, kerajaan negeri sedia pertimbangkan perkara itu sekiranya dasar kerajaan Pusat terhadap Islam berubah.

Namun, katanya, dalam keadaan pendirian yang tidak sama itu, perkara itu masih boleh dirundingkan melalui Jawatankuasa Pendidikan negeri. UtusanOnline

Labels: , , ,

0 Responses to “BN tidak mampu urus SAR mengikut Islam - MB Kelantan”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health