Islam bukan untuk Melayu
1 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Tuesday, February 06, 2007 at 12:42 AM.Islam bukan untuk Melayu sahaja. Isu ini tidak timbul jikalau mereka berpolitik Islam, bukan berpolitik ke'bangsa'an. TG Nik Abdul Aziz sentiasa mengingatkan, orang Cina pun boleh jadi PM Malaysia, apa salahnya, asalkan Islam. Permintaan saudara kita Cina Muslim untuk bina masjid sebenanya bukanlah satu isu, membina masjid adalah syiar Islam!
Kerajaan benar bina masjid Cina muslim
Oleh Zulhisham Ishak
KOTA KINABALU 4 Feb. – Kerajaan tidak menghalang komuniti bukan Melayu yang beragama Islam mendirikan masjid mereka sendiri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin.
Malah beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan itu sekiranya ia mendatangkan manfaat kepada umat Islam dan membantu perkembangan agama itu.
"Saya rasa (kerajaan) sentiasa terbuka untuk membantu saudara-saudara kita iaitu kaum Cina muslim mendirikan masjid atau mendapat pusat kegiatan kebudayaan mereka dalam satu kompleks meliputi masjid, dewan dan sebagainya.
"Langkah ini juga akan membolehkan mereka menjalankan kegiatan kebudayaan yang sesuai dengan budaya sendiri. Inilah pandangan saya," katanya.
Abdullah berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan cek bantuan mangsa banjir di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah, Seri Gaya, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin.
Baru-baru ini Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) memohon untuk mendirikan sebuah masjid Cina di Melaka tetapi ia tidak mendapat persetujuan daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Abdullah yang juga Timbalan Pengerusi Biro Agama UMNO berkata, isu itu bukan perkara baru kerana permohonan untuk mendirikan masjid oleh komuniti Cina muslim telah disuarakan sebelum ini.
“Terpulang kepada kerajaan negeri untuk memutuskan sama ada mahu meluluskan permohonan itu mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Kebanyakan masjid di Melaka pada ketika ini sudah pun mencerminkan seni bina dan budaya komuniti Cina muslim.
"Masjid di Melaka sudah pun mencerminkan (pengaruh kebudayaan masyarakat Cina) dari segi seni bina kesenian Islam. Masjid di Melaka unik dan tidak serupa dengan masjid di negeri-negeri lain di Malaysia," katanya.
Abdullah berkata, perbezaan itu boleh dilihat khususnya pada masjid-masjid di Terengganu dan Wilayah Persekutuan yang banyak dipengaruhi dengan unsur-unsur seni bina dari Asia Barat dan
"Perbezaan sedikit sebanyak dibolehkan bagi menunjukkan Islam itu agama untuk semua bangsa," katanya.
Beliau menafikan wujudnya diskriminasi terhadap kaum minoriti Cina muslim.
Beliau menegaskan, kerajaan sentiasa memberi ruang dan peluang untuk mana-mana kaum mendirikan masjid atau bangunan kebudayaan mereka sendiri.
"Saya tidak nampak unsur diskriminasi. Sesebuah masjid sekiranya hendak dibina, jika mengikut fatwa di
"Sekiranya masjid dibina dalam jarak yang terlalu dekat, mungkin akan wujud pula masalah perpaduan di kalangan ummah. Kita tidak mahu dalam satu daerah sampai ada dua tempat sembahyang melainkan ada keperluan," katanya. UtusanOnline
Labels: Berita, Islam Hadhari, Malaysia, Ummah
islam is rahmatan lilalamin