Hentikan siasatan dokumen konsesi tol – Majlis Peguam
0 Comments Related Articles Published by TasekPauh Blogspot on Wednesday, February 07, 2007 at 12:14 AM.Pengerusinya, Yeo Yang Poh berkata, perjanjian itu sepatutnya dibuka kepada orang ramai untuk mereka mengetahui keadaan sebenar dan seterusnya memahami serta menyokongnya.
‘‘Sekiranya kesilapan dilakukan dan sesetengah bahagian perjanjian itu melibatkan kepentingan orang awam, kesilapan itu sepatutnya diumumkan dan tindakan untuk mengatasinya perlu diambil.
‘‘Satu kesilapan akan menjadi masalah besar sekiranya ia terus dirahsiakan,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa parti itu memiliki dokumen perjanjian konsesi tol.
Berikutan pendedahan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, kerajaan boleh mengambil tindakan sekiranya dokumen itu diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Yang Poh berkata, setiap rakyat berhak untuk mengetahui apa yang berlaku seperti seorang pembayar cukai berhak untuk mengetahui bagaimana wangnya digunakan.
Dalam kes yang sama kata Yeo, seorang pembayar tol mempunyai hak untuk mengetahui bagaimana kadar bayaran dikenakan atau dinaikkan dalam perjanjian yang dilakukan.
Yeo menambah, dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kerajaan tidak boleh dengan mudah mengklasifikasikan sesuatu dokumen sebagai rahsia dan seterusnya berharap tiada soalan akan ditimbulkan mengenainya atau mengapa ia perlu dipersoalkan.
‘‘Keadaan ini sama sekali tidak menggunakan peruntukan OSA dengan betul,’’ katanya.
Kata beliau, alasan-alasan yang kukuh perlu diberikan sebelum sesuatu dokumen diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi dan dikaitkan dengan isu-isu keselamatan. UtusanOnline
0 Responses to “Hentikan siasatan dokumen konsesi tol – Majlis Peguam”