TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Berita : Hj Hadi minta penjelasan JPN isu Rayappan

MalaysiaKini : Hj Abdul Hadi tuntut penjelasan JPN mengenai isu Rayappan
December 13

Insiden perebutan mayat A. Rayapan bukan sahaja telah menimbulkan perdebatan tentang peranan Mahkamah Syriah dan makhkamah sivil malahan mengheret sama bidang kuasa Peguam Negara namun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyalahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai punca kemelut ini.

Menurutnya, mengapa dalam kes Rayapan ini, yang diketahui telah memeluk Islam, JPN tidak menulis status agama Islamnya di dalam kad pengenalannya dalam keadaan tiada perintah mahkamah memutuskan beliau telah murtad.

“Berdasarkan penyelidikan PAS, apa yang berlaku adalah di dalam kad pengenalan si mati tidak tertera perkataan Kristian walaupun beberapa akhbar telah menyatakan tercatatnya perkataan Kristian dalam kad pengenalan Rayapan,

PAS mendesak JPN mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi,” kata Hadi dalam satu kenyataannya.

Beliau menegaskan, jika di dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy)pihak JPN enggan menggantikan perkataan Islam dalam kad pengenalannya kerana tiada perintah Mahkamah Syriah yang memutuskan beliau murtad meskipun Lina Joy mengemukakan sijil baptisme, mengapa dalam kes Rayappan ini perkataan “Islam” tidak ditulis dalam kad pengenalannyanya sedangkan tiada perintah mahkamah tentang status murtadnya.

“ Walaupun Rayappan ada mengemukakan “deed poll” dan akaun bersumpah kepada JPN namun tiada sebarang keputusan dari Mahkamah Syriah,”tegas Hadi.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu juga mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta pihak Peguam Negara campurtangan dalam menentukan status agama Rayapan ketika kes ini masih dalam peringkat perbicaraan di Mahkamah Syriah.

“PAS seperti mana masyarakat Islam lain memandang serius kenyataan Perdana Menteri itu dan menganggapnya sebagai satu campurtangan dan tekanan pihak eksekutif ke atas Majlis Agama Islam Selangor, tambahan pula majlis itu menarik balik permohonanya menuntut mayat si mati selepas itu.”

“PAS juga menganggap kenyataan Perdana Menteri meminta pihak Peguam Negara menentukan status agama si mati sebagai satu kenyataan yang kurang cermat dan menunjukkan kegagalan beliau memahami fungsi sebenar Peguam Negara,” tambahnya.

Labels: ,

0 Responses to “Berita : Hj Hadi minta penjelasan JPN isu Rayappan”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health