2.2 - Mengenal Maslahah Mursalah
4 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Tuesday, December 12, 2006 at 6:38 AM.2.2 - Mengenal Maslahah Mursalah
Salah satu daripada sumber hukum dalam Syariah Islam ialah “Maslahah Mursalah”. Dan kami telah menyebutkan dalam artikel yang lepas, bahawa ia adalah sebahagian daripada pecahan kepada kaedah “Melihat Kepada Natijah Perbuatan”.
Maslahah boleh dibahagikan kepada tiga bahagian jika dilihat dari sudut adakah ia disebut oleh Syarak (melalui al-Qur’an dan as-Sunnah) samada diiktibar atau tidak. Maslahah-maslahah tersebut adalah sebagaimana berikut:-
1- Maslahah Mu’tabarah- Maslahah ini ialah maslahah yang diiktibar oleh Syarak dan Syarak telah pun menetapkan hukum-hakam untuk mencapainya.
Contohnya adalah seperti maslahah menjaga agama, nyawa, keturunan (juga maruah), akal dan nyawa. Syarak telah mensyariatkan jihad untuk menjaga agama, qisas untuk menjaga nyawa, hukuman hudud kepada penzina dan penuduh untuk menjaga keturunan (dan juga maruah), hukuman sebatan kepada peminum arak untuk menjaga akal, dan hukuman potong tangan ke atas pencuri untuk menjaga harta.
Di atas asas inilah iaitu asas mengambil kira maslahah-maslahah tersebut dan mengikatkan hukumnya dengan “illah”nya samada semasa wujudnya atau tiadanya, timbulnya dalil al-Qias. Setiap perkara yang tidak dinaskan oleh Syarak hukumnya, tetapi ia memang menyerupai dengan keadaan yang telah dinaskan oleh Syarak hukumnya dengan “illah” yang sama, maka keadaan yang tidak dinaskan oleh Syarak itu pun mengambil hukum yang sama dengan yang dinaskan oleh Syarak.
2- Maslahah Mulghah- “Maslahah mulghah” ialah maslahah yang tidak diiktibar oleh Syarak dan Syarak tidak menganggapnya sebagai maslahah dengan bahawa Syarak telah pun meletakkan hukum-hakam yang menunjukkan bahawa ia tidak diiktibar.
Ia bukanlah maslahah yang sebenar, bahkan hanya disangka sebagai maslahah atau ia adalah maslahah yang kecil yang menghalang maslahah yang lebih besar daripadanya. Ia juga boleh disebut sebagai “maslahah mauhumah” atau “maslahah marjuhah”.
Contoh bagi “maslahah mulghah” adalah seperti maslahah menyama ratakan pusaka antara anak lelaki dan anak perempuan, maslahah si pengambil riba dalam cara meningkatkan hartanya, maslahah orang-orang penakut yang tidak mahu berjihad, maslahah dalam arak dan judi dan sebagainya. Maka kita dapati Syarak tidak mengambil kira maslahah-maslahah tersebut kerana ia telah menaskan nas-nas khas yang menunjukkan tidak diiktibarnya maslahah tersebut.
3- Maslahah Mursalah- “Maslahah mursalah” ialah maslahah yang tiada dalil khusus daripada Syarak samada mengiktibarnya atau tidak. Ia dikatakan maslahah kerana mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan atau kedua-duanya sekali, dan dikatakan mursalah kerana tiada dalil khas daripada Syarak mengiktibarnya atau tidak.
Jadi, maslahah ini adalah satu keadaan di mana tiada dalil khas daripada Syarak mengiktibarnya dan tiada hukum yang telah dinaskan oleh Syarak yang menyerupainya, yang mana boleh dihubungkan hukumnya melalui dalil Qias. Tetapi pada perkara tersebut terdapat satu sifat yang munasabah untuk diletakkan hukum tertentu kepadanya kerana ia mendatangkan maslahah atau menolak mafsadah.
Contoh bagi maslahah ini yang telah pun dibincangkan oleh ulamak ialah seperti membukukan al-Qur’an, hukum qisas terhadap satu kumpulan yang membunuh seorang mangsa dan menulis buku-buku agama.
Bismillah Hopefully given the health and sustenance abundant amen :))
pusat herbal QnC Jelly gamat
khasiat QnC Jelly gamat
Cara Memesan Herbal QnC Jelly Gamat
Obat Luka Bakar Alami
Obat Batu ginjal Alami
Obat Herbal Jelly Gamat QnC
distributor herbal terpercaya
This article is very interesting and very understandable to read. sorry beforehand, please let me share this article
Cara Mudah Mengobati Prurigo
Biaya Operasi Benjolan Di Leher Akibat Kelenjar Getah Bening
Cara Mengobati Cacar Air Agar Cepat Kering Dan Sembuh Tanpa Bekas
Cara Mengatasi Nyeri Ulu Hati Dan Perut Kembung Yang Terbukti Ampuh
Great post, really inspiring
Given article is very helpful and very useful for me, thank you Cara Mengobati Vitiligo Cara Mengatasi Nyeri Pundak Cara Mengatasi Batuk Disertai Sesak Cara Mengobati Parotitis Cara Mengatasi Sakit Pinggang
buy online viagra in india cash on delivery viagra buy best buy viagra online without prescriptions