TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Aqidah : Wahhabi Sesat?

Flash Back

Hampir setahun yang lepas iaitu pada 27hb Nov, Mingguan Malaysia melaporkan berita mengenai bahaya Wahhabi dan perlu ditolak kerena bertentangan dengan sunnah wal jamaah. Sekurang-kurangnya dua artikal mengenai Wahhabi keluar keesukan harinya (28 Nov 2005) di Utusan Malaysia.. Kami singkapkan kembali berita dari Mingguan Malaysia (27hb Nov, 2005) di bawah untuk tatapan pengujung. Pengunjung boleh juga membaca dua berita yang terbit di Utusan Malaysia pada 28hb Nov 2005 melalui link ini:

Wahhabi jejaskan perpaduan umat Islam – Jakim
Nordin Mat Top dipercayai semai fahaman Wahhabi

Kami membuat flash back ini bukan untuk meniup kembali perbalahan antara Wahhabi dan non-Wahhabi yang sudah melaruti ratusan tahun, tetapi insyaAllah kami akan susuli dengan beberapa artikal lagi semata-mata untuk memberi penjelasan yang adil, sebagai pendorong ke arah perpaduan ummah, insyaAllah - zy.

Fahaman Wahhabi menular - Dikatakan semakin berkembang di kalangan cerdik pandai muda

Oleh NAZERI NONG SAMAH

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah umat Islam negara ini sejak turun-temurun, kini dikatakan semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda.

Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunah Waljamaah.

Mingguan Malaysia difahamkan, beberapa buah universiti menjadi pangkalan dan pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai ultrakonservatif ini.

Difahamkan juga, aliran ini menjadi ikutan golongan muda yang mahu melakukan ibadah dengan mudah dan cepat, selain menganggap amalan yang sering dilakukan oleh umat Islam di negara ini sebagai bidaah dan khurafat.

Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady yang banyak mengkaji mengenai fahaman ini bimbang ia mungkin menyebabkan berlaku pergeseran serius di kalangan ummah berhubung adat dan ibadat yang diamalkan di negara ini.

``Ahli Sunah Waljamaah mengikut Imam Al-Shafie yang kita amalkan sekarang jelas telah diterima dengan baik dalam kerajaan dan rakyat, tetapi sudah diresapi pula fahaman lain.

``Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan lain-lain,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, adalah lebih wajar fahaman ini ditolak kerana ia bertentangan dengan Sunah Waljamaah yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara ini.

Muhammad Uthman berkata, fahaman ini diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab yang berketurunan Arab, bermula di Hijaz pada abad ke-18 Masihi iaitu sekitar 1204 Hijrah.

``Fahaman Wahhabi itu sendiri ditentang oleh keluarga Muhammad Abdul Wahab, tetapi ia menjadi amat berpengaruh dengan pendekatan ekstremnya itu.

``Malah fahaman Wahhabi itu sendiri berkembang luas sehingga menjatuhkan kerajaan Uthmaniah serta melenyapkan khalifah Islam di Turki,'' katanya.

Menurutnya, dalam kitab Kashf Al-Shubuhat Fiqh Tauhid dan Risalatul Al-Tauhid, fahaman puak Wahhabi turut memuatkan huraian al-Quran yang pada asalnya ditujukan kepada orang kafir tetapi fahaman ekstrem itu ditujukan pula kepada orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.

Sehubungan itu, Muhammad Uthman berkata, keupayaan pengaruh fahaman ekstrem Wahhabi sehingga berjaya menggulingkan kerajaan Uthmaniah itu wajar menjadi peringatan kepada kerajaan negara ini.

``Fahaman Wahhabi begitu mudah mempengaruhi kerana ia mengambil pendekatan bahawa Islam tiada hubungan dengan kelebihan yang ada pada sunah Rasulullah, hadis mahupun sesama manusia.

``Mengikut fahaman ini, apa-apa yang menjadi adat dan ibadat selain daripada fahamannya adalah bidaah semata-mata,'' ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Yusof Hussain berkata, umat Islam di negara ini tidak boleh terikut-ikut dengan fahaman Wahhabi kerana ia tidak mengikut kehendak ahli sunah wal jamaah.

``Pada asalnya, motif fahaman Wahhabi itu bertujuan membanteras khurafat di Arab tetapi pendekatannya yang keras itu juga menumbangkan kuasa pemerintah zaman tersebut.

``Tetapi untuk motif apa pula Wahhabi berkembang di negara kita,'' katanya.

Prof. Datuk Mahmood Zuhdi Abd. Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pula berkata, pertentangan ahli sunah wal jamaah dan fahaman Wahhabi perlu ditangani dengan bijaksana demi kebaikan agama.

``Kita tidak mahu pertembungan kedua-dua ikutan itu akan menjadikan kita dilaga-lagakan seperti puak sunni dan syiah di Iran dan Iraq sehingga mengakibatkan perpecahan Islam,'' katanya.

Labels: , ,

24 Responses to “Aqidah : Wahhabi Sesat?”

  1. # Anonymous Anonymous

    Bagi saya Islam ni indah dan mudah, janganlah kita menyulitkan lagi keadaan. Kita dah mengucap 2 kalimah syahadah, Tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Allah DAN Nabi Muhamammad S.A.W itu PesuruhNya, jadi apa perlu bertelagah pendapat, barang siapa yang bermegah-megah dengan pendapatnya akan menghilangkan sifat-sifat keikhlasan dalam beribadat. Marilah kita bersatu untuk mensyiarkan agama Allah yang satu  

  2. # Blogger TasekPauh Blogspot

    alhamdulillah, saya setuju dgn pandangan sifat bermegah mnghilangkan keikhlasan beribadat.

    Dan kami juga bersama sdr ummah perlu bersatu dan tidak bertelagah, lihat artikal Wahhabi:Fahaman Wahhabi, Satu Penilaian.

    Semoga Allah mengasihi kita semua dan mempersatukan ummah. amin.  

  3. # Anonymous Anonymous

    i'am not wahabi..
    i'am syafie manhaj...

    i think this is the best site for safie's manhaj...

    www.imamsyafie.com







    .  

  4. # Anonymous Anonymous

    Boleh sesiapa bagitahu saya apa sebenarnya fahaman wahabi?

    sebab apa yang saya faham dari 2 orang Guru yang bertauliah dan disegani ialah...

    Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab pada masa dahulu ketika ramai orang berselisih dan bergaduh disebabkan perbezaan mazhab... beliau menyuruh mereka kembali kepada ahli salaf.

    Pegangan beliau (apa yang saya tahu lah) ialah pada setiap permasalahan ambil keempat-empat mazhab utama (Hambali, Hanafi, Maliki dan Shafie) dan pegang kepada hujah mana yang kukuh serta keadaan mana yang sesuai (terbaik). Tidak taksub hanya kepada satu mazhab sahaja.

    Kita tanya diri kita sendiri. Zakat fitrah kita ikut mazhab mana? Sembahyang ikut mazhab mana? puasa dan macam macam lagi... kita bukan ikut mazhab shafie sahaja tetapi kita ikut apa yang bersesuaian dengan negara kita.

    Itu adalah pegangan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab (setakat yang saya tahu)

    Yang menjadi permasalah sekarang ini ialah MUNGKIN wahabi pada hari ini memilih fahaman mana yang hendak pakai MENGIKUT HAWA NAFSU MEREKA dan mengatakan itulah dari Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab...


    wasalam  

  5. # Anonymous Anonymous

    setuju ngan din kbu..apa yg saya tahu jugak..golongan yg so called wahhabi ni adalah golongan yg mengajak kembali tabi' pd rasul..hujah2 diorang disertakan ngn dalil nas sama ada al-quran dan assunnah yg sahih.  

  6. # Anonymous Anonymous

    Jom kita berhibur dengan zikir sufi http://youtube.com/watch?v=gnQdL1qans4  

  7. # Anonymous Anonymous

    assalamualaikum wrt wbt...
    seruan perjuangan wahabi memurnikan akidah agar amalan islam adalah berlandaskan dalil syarak yang sahih.banyak amalan yang masyarakat buat hanya bertaklid buta semata.  

  8. # Anonymous Anonymous

    salam..
    kpd smua muslimin & muslimat..
    perbncangan wahabi ini tlh byk mnmbulkn perbalhn kpd umat ISLAM d ngra ini..,bgaimna ia blh brlaku??
    jwpnnya amat mdh..,iaitu tdk fhm pngrtian 'wahabi' itu sbnrnya,taklid buta..,ceteknya ilmu..,srta brperasangka bruk trhadap smua yg 'baru' bg kta yg ceteknya ilmu..,serta kurangnya mgkaji dan bertanya..
    jka smua prkara d ats d ambl serius oleh smua umat ISLAM d ngra kta khususnya..,soal berbalah mgenai wahabi ini khususnya tdk akn tmbul ,krana apbla smakin dlm kta mndalmi ilmu..,kta pmkrn kta akn lbh trbuka srta tdk taklid mmbuta tuli pd satu2 pndpt/fhmn/mazhab..,taklid mmbuta tuli tnpa dkaji dalil quran dan hadis dtgnya suruhan/larangan ssuatu amalan itu,adalh amt dtgh trutmanya kta sbgai pnganut ISLAM..
    hujahnya amatlah jels dr mafhum frman ALLAH..: "dan jgnlh kamu mgikuti ssuatu prkara yg kmu tdk mmpnyai ilmu tntgnya,ssgnya pndngarn,pglhtn,dn hati smuanya akn dprsoalkn (d akhrt kelak).."

    ayuhlah kta sma2 bermuhasabah akn stiap amaln srta prbuatn kta..

    wallahu'alam..  

  9. # Anonymous Anonymous

    salam..
    kpd smua muslimin & muslimat..
    perbncangan wahabi ini tlh byk mnmbulkn perbalhn kpd umat ISLAM d ngra ini..,bgaimna ia blh brlaku??
    jwpnnya amat mdh..,iaitu tdk fhm pngrtian 'wahabi' itu sbnrnya,taklid buta..,ceteknya ilmu..,srta brperasangka bruk trhadap smua yg 'baru' bg kta yg ceteknya ilmu..,serta kurangnya mgkaji dan bertanya..
    jka smua prkara d ats d ambl serius oleh smua umat ISLAM d ngra kta khususnya..,soal berbalah mgenai wahabi ini khususnya tdk akn tmbul ,krana apbla smakin dlm kta mndalmi ilmu..,kta pmkrn kta akn lbh trbuka srta tdk taklid mmbuta tuli pd satu2 pndpt/fhmn/mazhab..,taklid mmbuta tuli tnpa dkaji dalil quran dan hadis dtgnya suruhan/larangan ssuatu amalan itu,adalh amt dtgh trutmanya kta sbgai pnganut ISLAM..
    hujahnya amatlah jels dr mafhum frman ALLAH..: "dan jgnlh kamu mgikuti ssuatu prkara yg kmu tdk mmpnyai ilmu tntgnya,ssgnya pndngarn,pglhtn,dn hati smuanya akn dprsoalkn (d akhrt kelak).."

    ayuhlah kta sma2 bermuhasabah akn stiap amaln srta prbuatn kta..

    wallahu'alam..

    (muhamad,UIAM)  

  10. # Blogger Sifu ..

    masalah taklid buta bukan isu,kerana kebanyakan orang islam memang jahil atau kurang pengetahuan, so kalau mereka tak ikut ulama ahli sunnah maka pasti sekali mereka pun akan bertaklid kepada pahaman wahhabi yang memesong.. maka keluarkan diri dari kejahilan , insayallah kita akan tahu dimana kita.
    Sebaiknya sesiapa yang ingin menyokong wahhabi atau termakan kelogikan yang dimainkan oleh puak ini dalam menentukan amalan2 agama adalah lebih baik mengenali terlebih dahulu biografi dan sejarah Wahhabi dan keextremannya.
    Tak kenal maka tak cinta.Dah kenal moh kita perbaiki.  

  11. # Blogger AyKay

    salam ziarah.

    perlu disoal diri sendiri apakah tujuannya kita beramal? sebenarnya hanyalah semata2 untuk mendapat keredhaan Allah.

    soal taksub kepada mana2 pegangan tidak timbul kerana siapakah kita jika nak dibandingkan dengan 4 imam mazhab utama? dimanakah ilmu kita jika nak bandingkan dengan mereka? semua yang telah dimaktubkan di dalam kitab2 pengajian mereka adalah berdasarkan Al Qur'an dan Sunnah. Dan adalah amat kecil kemungkinan ada yg terlepas pandang dek mereka ini.
    Jadi, marilah bersangka baik, tiada yang kita cari melainkan keredhaan Allah  

  12. # Anonymous Anonymous

    Mengapa kita mudah sangat menuduh Wahhabi itu sesat bertanyalah dulu sebelum menghukum. Kita mengaku kita Islam tapi hukum orang lain membabi buta tanpa usul periksa. Manusia menjadi musuh apa yg dia tidak tahu. Bukankah Nabi Muhammad SAW ikutan dan contoh umat Islam. Al-Quran dan Hadis pedoman Islam. Sebagai ustaz yg bertanggungjawab dan jujur dengan Islam sebelum berkata tahu dulu apa yg hendak diperkatakan nanti sebab pulut badan binasa  

  13. # Anonymous Anonymous

    Kepada sifu,,pedulikan apa kesalahan muhamad abdul wahab.Kita tidak akan mewarisi kesilapannya. yang penting intipati pengajaranya yg berteraskan dalil yang sahih.Quraan sunnah bukan hak muhamad ab wahab.sejarah hidup peduli apa kita..tapi ayat quraan yg dibawa,,ajaran berteraskan hadis nabi..takkan sifu nak buang..sifu mau cakap pakai otak le jgn pakai kepala lutut  

  14. # Anonymous Anonymous

    wahhabi tak sesat, tapi menghukum sesat kepada majoriti ulamak Islam, kepada umat Islam dan jemaah Islam.

    Buktinya : Dalam risalah Minal Itsnain Wasab'iina Firqotan tulisan sheikh bin baz, Nahsiruddin al Bani, Sheikh fauzan, sheikh abu zaid cetakan Maktabah al Furqon Ajman tahun 2001 hlmn 9-10 :
    Quote
    Apakah jemaah tabligh yg memiliki sekian bnyk kesyirikan dan bid'ah serta jamaah hasan al bana yang memiliki aktiviti pergerakan dan pembangkang pemerintah yg akan masuk neraka?

    Para penulis risalah itu menjawab : [mereka] termasuk di antara 72 golongan itu dan kelompok khawarij juga termasuk diantaranya.

    Pada Halaman 14 :

    Antara firqah sesat menurut penulis-penulis itu lagi :

    1. Firqah Hasan al Banna (al ikhwaniyyah)
    2. Hasan at Turabi (at Turabiyyah)
    3. Sayid Qutb (al Qutubiyyah)
    4. Firqah Muhammad Surur (as Sururiyyah)
    5. Muhammad Ilyas (At tablighiyyah)
    6. Ahmad Yasin (al Hamasiyyah)
    7. Firqah Al Habasyi (Al Habasyiyah)
    8. Firqah Abdurrahman Abdul Khaliq (at Turasiyyah)

    Dalam Mukhtasar Muslim lil Hafiz al Munziri ketika memberi komen mengenai hadith nombor 2060 tentang turunnya al Masih alaihissalam di akhir zaman, Sheikh Albani berkata :
    Quote
    Ini jelas menunjukkan bahawa Isa 'alaihissalam akan berhukum dengan syari'at kita dan memberi keputusan dengan al Quran dan Sunnah. Bukan dengan selain keduanya iaitu Injil atau Fiqh Hanafi atau yang seumpamanya.


    Pernyataan Sheikh Albani ini telah disanggah oleh Dekan Fakulti Usuluddin dari Universiti al Imam Muhammad bin Su'ud al Islamiyyah Riyadh iaitu Dr Ibrahim al Mansuri di akhbar harian 'Ukkaz. Beliau berkata :

    Quote
    Bagaimanakah anda menyamakan mazhab-mazhab dengan Injil yang sudah tidak asli dalam hal kebatilan? Dan bagaimana pula anda menggolongkan para pengikut mazhab yang 4 berada dalam kesesatan seperti Yahudi Nasrani dan bahawa semua itu adalah pengikut kebatilan sesuai dengan sangkaan anda?"  

  15. # Anonymous Anonymous

    Tuan punya blog, anda mendokong wahhabi saya tak kisah, tapi harapnya taklah menyembunyikan kebenaran apa yang telah dibuat wahhabi menghukum sesat dalam perkara ijtihadiyyah. Tuan Punya blog tentu lebih arif mengenai perkara khilafiyyah ulamak, Dan seterusnya dapat mengajar kepada orang awam agar beradab dengan khilaf ulamak.

    Bila tuanpunya blog yang lebih berilmu tapi tak dapat untuk menerima khilafiyyah tak tahulah nak cakap apa.

    Patut orang yang lebih berilmu taqwanya makin bagus.  

  16. # Blogger ummu.harari@yahoo.com

    askum

    boleh tak ust explain tentang fatwa ahbash halalkan arak?apakah arak boleh minum dalam musim sejuk ?seperti wine?http://www.youtube.com/watch?v=x6KB6mj-IFI&feature=related -arak boleh minum  

  17. # Anonymous Hamba Allah

    Sebenarnya, pendpt manusia itu samada hadis, fatwa, mazhab dan sebagainya itu tidak boleh dikaitkan dgn agama. Ianya hanya pentafsiran manusia atau pendpt manusia itu ttg agama. Agama itu ialah perintah2 dan larangan2 Allah, iaitu hukum2 dan ketetapan Allah sebagai pencipta manusia. Jadi, jika kita beriman dgn apa yg Allah turunkan, barulah kita dikira beriman. Kebanyakan manusia yg mengikut hadis, menganggap bhw hadis itu tidak bercanggah dgn al-quran ttp hakikatnya adalah disebaliknya. Oleh sebab itu, manusia sentiasa didlm keraguan dan permusuhan, kerana bercanggah pendpt ttg agama. Kembalilah kpd Al-Quran dan berimanlah kpd Allah yg telah menciptakan kita dan jgn syirik iaitu menduakan Allah. Org yg mengikut hadis akan menduakan Allah dgn mengucap 2 kalimah yg amat dilarang Allah dimana dosanya tidak diampunkan Allah.  

  18. # Anonymous TMSTI

    Salam kepada semua. Jangan terpedaya dgn kenyataan "Hamba Allah" ni, kerana dia bukanlah hamba Allah, tapi hamba si kafir. Hamba orientalis. Ia membawa kita kpd dakyah "anti Hadis". Berhati-hati.  

  19. # Anonymous azamzaki

    udah udah le ikot wahabi tu , bengap  

  20. # Anonymous Anonymous

    udahudah ler gaduh...

    kita tunggu jer mati nanti.. nengok la sapa masuk neraka maka dia sesat la...  

  21. # Anonymous Anonymous

    mengapa tidak:)  

  22. # Blogger Unknown

    assalamualaikum..

    saya tidak mahu berdebat atau menyatakan hujah saya mengenai fahaman wahabi seperti yang dinyatakan di dalam artikel utusan malaysia tersebut..

    oleh itu saya lebih gemar menyerahkan perkara ini kepada org yang lebih tahu dan mempunyai ilmu.

    sila lihat video ini..video ini menjawap tuduhan yang dilakukan yang dinyatakan di dalam utusan malaysia tersebut...semoga mendapat manfaat..insya Allah..

    (part 1)
    http://www.youtube.com/watch?v=2mnvT6WuAzA

    (part 2)
    http://www.youtube.com/watch?v=aCsH-Qp2Hq8  

  23. # Anonymous hambaxwujud

    akidah yg d bwa wahabi mmg sah2 sesat.... samakan Allah dngn makluk... whabi ni fitnah akhir zaman... sma2 la kta hndrkan..!!  

  24. # Anonymous hambaxwujud

    ulamak dulu2 punya la dok pedo pikiaq dan brusaha mcm mna nk mdah kan umat islam ni blajar agama... mreka ni pnya kaji quran hadith dan susun kitab untuk mdah kan kta blajar akidah, fikah n tasauf... tp, malangnya ada umat islam yg blagak mcm dia kji quran hadith pling btoi, dan pling truk mghukum plak ulamak2 dlu 2 ssat... x sdar ka islam smpai kpd dpa 2 pon atas prjuangan n ssah pyah ulamak dulu... puak wahabi ni mmg x guna!  

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health