TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


9 Disember - Tangkapan besar-besaran bermula

PAS melihat beberapa insiden yang berlaku pada hari ini dengan penuh kebimbangan dan menegaskan bantahan sekeras-kerasnya terhadap apa yang berlaku itu - TG Hj Abdul Hadi

Harakah - 3 tragedi 9 Disember: Malaysia menuju sebuah Negara Polis - TG Hj Abdul Hadi
Kickdefella - Mat Sabu arrested?
Secreenshots - Arrested: Bar Council Human Rights Chief & Deputy

Petikan dari Penarik Beca - Mat Sabu dikepung polis di Ipoh (klik untuk perkembangan semasa di sana)
Update 9.33 pm: Kak Normah, isteri Mohamad Sabu menelefon saya dan mengesahkan polis memang memecahkan cermin keretanya untuk menangkap Mohamad Sabu. "Depa pecah cermin sebelah kiri pasai Abang Mat tak nak keluaq," katanya. Beberapa orang yang mengiringi Mohamad Sabu juga ditangkap. "Tak tau depa nak bawak ke mana. Mungkin IPD Seberang Perai Selatan," kata Kak Normah lagi.

Update 9.15 pm: Mohamad Sabu akhirnya ditangkap, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar yang menerima panggilan telefon dari peguam yang mengiringi Mohamad Sabu ke Butterworth, Asmuni Awi. Asmuni memberitahu, polis mahu memecahkan kereta Mohamad Sabu (Naza Ria) untuk menangkapnya di Tol Bukit Tambun.

Apabila saya menelefon Kassim, adik Mohamad Sabu, isterinya memberitahu, polis akhirnya menunda atau menarik (towing) kereta yang dinaiki Mohamad Sabu ke balai polis. Mohamad Sabu tetap enggan turun. Kassim tidak dapat menjawab panggilan telefon kerana sedang memandu. Beliau ditugaskan membawa balik saudara-mara perempuan ke Guar Petai.

Update 8.37 pm: Masih di Tol Bukit Tambun. Kak Normah menghantar SMS menyatakan saudara-mara dan rakan-rakan yang mengiringi mereka sedang berusaha membawa Mohamad Sabu balik Guar Petai. FRU sudah datang. Mohamad Sabu enggan keluar dari keretanya.

Kassim memberitahu, polis sedang berusaha untuk menarik atau menunda kereta yang dinaiki abangnya. Kak Normah pula menelefon dan menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan polis. "Polis apa ni? Akta apa ni?" katanya. Kedengaran suara Kak Timah (kakak Mohamad Sabu) mengamuk.

Update 8.25 pm: Walaupun polis mengepung Mohamad Sabu di Tol Bukit Tambun, tetapi masih belum dapat ditangkap. Lebih kurang 13 kereta (menurut Mohd Nasir Mustafa yang berada di sana) saudara-mara dalam rombongan pengantin perempuan ke Ipoh tadi dan juga rakan-rakan dari Ipoh mengepung kereta Mohamad Sabu dan menyukarkan polis bertindak untuk menangkap beliau. Kesemua adik-beradik Mohamad Sabu sedang bersama-samanya. Sementera itu di rumahnya di Guar Petai, para penyokong PAS mula berhimpun dan menanti arahan.

Update 7.50 pm: Baru menelefon Kak Normah, isteri Mohamad Sabu. Tidak seperti sepatutnya, konvoi polis yang mengiringi Mohamad Sabu dari Ipoh ke Butterworth tidak melalui Tol Juru, tetapi mengambil jalan yang melalui Tol Bukit Tambun. Menurut Mohd Nasir, besar kemungkinan polis mahu menangkap Mohamad Sabu di Butterworth. Mungkin salinan asal waran tangkap ada dengan polis Butterworth. Setakat ini, masih tersangkut di tol Bukit Tambun.
***********
Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu kini sedang dikepung polis di Jalan Raya 4, Lorong Tambun, Ipoh - berhadapan Sunway City, Ipoh.

Labels: , , , ,

0 Responses to “9 Disember - Tangkapan besar-besaran bermula”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health