Manifesto Umno janji manhaj Islam Hadhari untuk Kelantan
2 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Sunday, June 10, 2007 at 12:01 AM.BACHOK, 9 Jun (Bernama) - Umno Kelantan menyediakan tujuh perkara utama dalam manifestonya bagi pilihan raya umum akan datang untuk membawa perubahan di Kelantan di bawah tajuk "Manhaj Islam Hadhari".
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa berkata tujuh perkara itu yang disebutnya sebagai paksi adalah bagi menggantikan konsep Membangun Bersama Islam yang dibawa oleh PAS.
"Inilah pendekatan kami dan janji kami kepada rakyat Kelantan selepas mengambil kira semua pandangan masyarakat dalam menentukan masa depan Kelantan yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan dan menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Wanita Umno Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata paksi pertama ialah menempatkan Islam paling hadapan dalam segala perkara.
"Kadi, mufti dan ulama diberi kedudukan yang mulia di sisi masyarakat bukannya sebagaimana sekarang kadi dan mufti sebagai pelengkap majlis sahaja," katanya.
Beliau berkata paksi kedua ialah menghapuskan kemunduran dengan mensasarkan "miskin sifar" bagi mengubah corak hidup masyarakat yang kini dianggap terpinggir berbanding negeri lain terutama dari segi pembangunan.
"Paksi ketiga, merakyatkan pembangunan, dengan menitikberatkan hasil yang dikeluarkan dalam negeri seperti hasil balak untuk dimanfaatkan rakyat sebagai pembayar cukai," katanya.
Annuar berkata perkara keempat manifesto itu ialah ialah menggilap modal insan agar rakyat tidak terus bergantung dengan pekerjaan di negeri lain di samping mengurangkan pengangguran dalam kalangan belia.
Beliau berkata paksi kelima ialah menghapus kemiskinan dalam kalangan kira-kira 21,000 keluarga miskin.
Yang keenam, katanya, mempelbagaikan sumber pendapatan negeri bagi mengurangkan penggantungan terhadap hasil hutan terutama balak dan sumbangan kerajaan persekutuan sebanyak 50 peratus dari hasil kerajaan negeri.
Paksi ketujuh, katanya, memperkayakan seni budaya dan warisan dengan memberi peluang kepada pengiat seni terus hidup di negeri ini.
Labels: BN, Islam Hadhari, Kelantan, Umno
"Kadi, mufti dan ulama diberi kedudukan yang mulia di sisi masyarakat bukannya sebagaimana sekarang kadi dan mufti sebagai pelengkap majlis sahaja," katanya.
keliru dengan perjuangan umno kekadang, lelagi soal jom heboh yang telah difatwa kan haram tapi tetap ulama tidak diendahkan. apakah maksud kedudukan mulia disisi masyarakat? kalau masyarakat memandang enteng dengan fatwa dan pandangan para ulama,mana tidak masyarakat tidak mengendahkan kalau pengaruh pihak media yang kuat yang menghalalkan apa yang telah diharamkan.dimana wartawan menemuramah para artis bertanya mengenai pihak lain yang mengatakan jom heboh itu lebih banyak negatif dari positif,tentulah mereka membantah sebab disitu juga periuk nasi mereka, cubalah temuramah mufti2 dan ulama ulama di malaysia ni mengenai pandangan mereka bukanya para artis. -sekadar pandangan-
Umno ni sengaja main fancy dengan ayat agar rakyat tertarik,Apa yang mereka faham mengenainya saya pon tak tahu,sedangkan perbuatan mereka sendiri tida mencerminkan org islam,teringat semasa Allahyarham Dato Ishak Baharum dipecat atas isu penangkapan ratu cantik.Kadi ,mufti,ulama memang dimuliakan oleh masyakat cuma umno je yang belum berbuat begitu..mungkin apa yg dimahukan oleh Umno ni hanya Kadi ,Mufti,ulama yang menurut kata saja