TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Syor asing kem lelaki, wanita ditolak

Islam Hadhari tak ambil kira campur gaul lelaki perempuan di kem PLKN?

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM, UtusanOnline

SEREMBAN 6 Mei – Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) menolak cadangan sesetengah pihak supaya diwujudkan kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berasingan antara pelatih lelaki dan wanita.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, cadangan tersebut turut mendapat bantahan daripada kebanyakan ibu bapa yang menyifatkannya sebagai tidak praktikal dengan realiti kehidupan masa kini.

‘‘Bagi saya ia tidak praktikal dan tidak sesuai kerana apabila pelatih keluar kelak, mereka akan melanjutkan pelajaran atau mencari pekerjaan yang secara langsung memerlukan mereka berinteraksi dengan orang yang berlainan jantina,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan sempena Hari Terbuka Kem Seri Perkasa Mantin di sini hari ini.

Lam Thye berkata, beliau telah berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Abdul Hadi Awang Kechil mengenai isu itu termasuk bantahan daripada ibu bapa.

Beliau berkata, Abdul Hadi akan menyediakan kertas maklumat mengenai sebab-sebab cadangan tersebut tidak perlu dilaksanakan yang akan dibentangkan pada mesyuarat MLKN bulan depan.

Dalam pada itu, Lam Thye berkata, tarikh tutup penyertaan sukarela dalam PLKN bagi pelajar yang lahir pada 1989 ialah sebelum 3 Jun depan.

Katanya, mereka akan diserap ke dalam kumpulan tiga siri keempat mulai Jun ini setelah tidak terpilih bagi kemasukan kumpulan dua yang sedang menjalani latihan sekarang.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 1,000 pelatih secara sukarela menulis surat kepada MLKN untuk menyertai PLKN tahun lepas.

‘‘Tarikh tutup penyertaan sebelum 3 Jun itu diberi bagi membolehkan kita mengemaskini maklumat peserta kira-kira dua minggu sebelum hari pendaftaran,” katanya.

Labels: , ,

0 Responses to “Syor asing kem lelaki, wanita ditolak”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health