Beberapa Persoalan Mengenai Wali
3 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Tuesday, May 22, 2007 at 11:40 PM.Semester November 2006 baru sahaja berlalu. Namun semester ini mencatitkan satu kenangan yang mengajak saya untuk menulis artikel ini untuk dikongsikan bersama. Dalam semester lepas saya ditugaskan untuk mengajar
Dalam salah satu kelas tutorial subjek hadis tahlili, bersama pelajar ijazah muslimat, saya telah diajukan dengan dua persoalan yang menggembirakan saya. Ini kerana saya sentiasa menggalakkan para pelajar saya mengajukan soalan yang mencabar saya. Tujuan cabaran ini adalah bagi saya mengenal pasti di manakah kelemahan saya dalam penguasaan sesuatu subjek. Lagipun, saya lebih suka menggunakan metodologi madrasah “ahli ar-Ra’yi”[1] dalam pengajaran saya, kerana ia lebih berkesan kepada para pelajar pada pendapat saya, berbanding dengan metodologi madrasah “ahli al-Hadis”.
Subjek hadis tahlili pula adalah subjek yang agak mencabar bagi para pelajar, kerana ia merupakan huraian secara harfiah kepada sesuatu hadis. Buku teks yang digunakan untuk subjek ini ialah kitab yang agak sukar untuk difahami oleh para pelajar, iaitu kitab “Syarah Sohih Muslim” karangan Imam Nawawi. Antara sukatan yang perlu dihabiskan ialah hadis-hadis dalam kitabun Nikah dan Kitabut Talaq.
Semasa saya membincangkan hadis-hadis mengenai “wali” dalam masalah perkahwinan, ada seorang pelajar muslimah bertanya: “Ustaz, adakah kuasa memberikan wali akan berpindah kepada wali yang lebih jauh jika wali yang sebenar itu pengsan”? Dalam huraiannya, pelajar itu menyatakan, di malam majlis akad, yang mana semua tetamu sudah datang, jurunikah dan juga pengantin lelaki sudah datang, hidangan juga sudah tersedia, tiba-tiba ayah kepada pengantin perempuan (wali) jatuh pengsan. Adakah wali itu akan berpindah kepada waris terdekat yang lain? Bila terdengan soalan itu, saya berfikir sejenak. Tiba-tiba datang pula satu soalan yang lain: “Ustaz, adakah boleh seorang anak zina menjadi wali kepada adik-adik perempuannya? Kedua-dua soalan itu adalah soalan yang mencabar saya dan membuatkan saya terpaksa berfikir mencari jawapan. Kedua-dua soalan ini memaksa saya berfikir dan mencari bahan rujukan. Tambahan pula, bagi sesiapa yang biasa membaca kitab “Syarah Sohih Muslim” dia akan mengetahui bahawa kitab itu sangat ringkas, terutamanya bagi pelajar. Imam Nawawi sentiasa menyebut bahawa beliau tidak ingin memanjangkan huraiannya, dan perbahasan-perbahasan mengenainya terdapat dalam kitab-kitab lain karyanya. Kerana itu, saya berpendapat bahawa kitab itu memerlukan kepada persediaan ilmiah untuk membacanya.
Saya mengambil keputusan untuk pulang lebih awal pada hari itu untuk mencari jawapan kepada kedua-dua soalan tadi. Ini kerana saya lebih selesa membuat rujukan dengan kitab-kitab yang berada di rumah orang tua saya. Semasa memandu dalam perjalanan pulang fikiran saya sentiasa berfikir mencari jawapan kepada persoalan itu. Saya tidak terus pulang ke rumah, tetapi singgah terlebih dahulu di rumah orang tua untuk membuat rujukan, walaupun rumah saya tidaklah jauh daripada rumah tersebut.
Saya tertarik untuk berkongsi dalam persoalan ini beberapa perkara. Antaranya:-
Pertama: Mengajukan soalan merupakan satu cara yang sangat penting dan berkesan dalam pembelajaran. Kerana inilah masyhur dalam pepatah arab yang menyatakan bahawa "as-sual nisful ilmi", ertinya soalan itu sebahagian daripada ilmu. Dengan mengajukan soalan kepada orang yang lebih mengetahui kita mampu untuk mendapatkan kefahaman yang mudah, yang mana mungkin kita tidak akan dapat memahaminya dengan membaca bersendirian walau dalam tempoh yang lama. Kerana inilah, Allah SWT berfirman: Maka tanyalah orang yang berilmu, kalau kamu tidak mengetahui"[2]. Melalui cara mengajukan soalan juga para ustaz dapat menilai kefahaman para pelajarnya. Ini kerana orang yang tidak memahami akan mengajukan soalan yang mungkin tidak berkaitan langsung dengan perkara yang dibincangkan.
Kedua: Kewanitaan tidak menghalang kita daripada mencari ilmu. Ini adalah satu perkara yang mesti ditekankan. Ini kerana ramai di kalangan muslimat telah terhalang daripada mendapat ilmu dan kefahaman disebabkan oleh sikap malu dan segan mereka. Kerana inilah Saiditina Aisyah menyatakan: Sebaik-baik wanita ialah wanita Ansar. Ini kerana malu tidaklah menghalang mereka untuk memahami agama"[3]. Saiditina Aisyah berkata demikian ketika mengulas Asma’binti Yazid bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai cara mandi bagi perempuan haid dan cara mandi janabah[4]. Ummu Sulaim r.a. juga pernah bertanya Rasulullah s.a.w. dengan katanya: Wahai Rasulullah, Sesungguhnya Allah tidak malu menyatakan kebenaran, (kerana itu aku tidaklah malu bertanya) adakah wajib seorang perempuan mandi jika dia ihtilam (mimpi dan keluar mani)? Rasulullah s.a.w. menjawab: Ya, jika dia telah melihat air (wujudnya mani)[5]. Lihatlah para sohabiyyat, mereka tidak menjadikan malu penghalang mereka dalam menuntut ilmu. Bahkan mereka pernah meminta supaya Rasulullah s.a.w. mengajarkan kelas khusus untuk mereka, bila mereka merasakan bahawa para sahabat lelaki yang lebih banyak bersama Rasulullah s.a.w.[6].
Lihatlah bagaimana Ibn Umar memuji seorang perempuan dengan perkataan “jazlah” (seorang yang pintar) kerana wanita itu telah mengajukan soalan bertanya Rasulullah s.a.w. meminta penjelasan kenapakah wanita lebih ramai yang dicampak ke dalam neraka[7]? Saidina Umar sendiri pernah dikritik oleh seorang wanita dalam masalah untuk menyekat harga mahar (mas kahwin). Setelah ditegur, dan diberikan hujahnya, Saidina Umar berkata: Benarlah perempuan tersebut, dan Umar telah tersilap[8].
Ketiga: Dalam masalah hukum wali, bagi masalah pertama, wali yang pengsan tidaklah berpindah kepada wali yang lebih jauh. Ini kerana pengsan sama seperti tidur[9]. Sebagaimana wali yang tidur tidak berpindah kuasanya kepada orang lain, bahkan hendaklah ditunggu sehingga dia terjaga, maka samalah halnya dengan orang yang pengsan. Kuasa walinya tidak berpindah sehinggalah dia jaga. Maka perkahwinan dalam masalah seperti yang diajukan tidak boleh diteruskan, bahkan mesti ditangguhkan sehingga dia kembali sedar. Dalam masalah kedua, adik beradik zina tidak boleh menjadi wali kepada sesiapa pun di kalangan adik beradiknya. Ini kerana pada hakikatnya dia tidak mempunyai sebarang pertalian dengan adik beradiknya di sebelah bapa (orang yang berzina dengan ibunya). Ini kerana tidak thabit nasabnya dengan perzinaan demi menjaga keturunan manusia. Dan kalau sebelah ibu, memang dia dianggap adik beradik dengan mana-mana anak ibunya, namun adik beradik seibu tidak boleh menjadi wali, kerana mereka bukanlah asobah. Dan susunan wali dalam perkahwinan adalah seperti berikut[10]: ayah, kemudian datuk (ayah kepada ayah), kemudian adik beradik seibu sebapa, kemudian adik beradik sebapa, kemudian anak saudara (daripada adik beradik) seibu sebapa, kemudian anak saudara (daripada adik beradik sebapa), kemudian bapa saudara sebalah ayah (seibu sebapa), kemudian bapa saudara sebelah ayah (sebapa), kemudian sepupu (seibu sebapa) dan kemudian sepupu (daipada sebelah bapa). Dan begitulah keseluruhan asobah. Dan jika mereka semua sudah tiada, maka walinya adalah sama seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.: “Sultan adalah wali kepada orang yang tiada wali”[11].
Dan berdasarkan tertib wali ini, terjawablah kekeliruan saya yang ketiga. Kekeliruan saya ini “adakah boleh seorang wali mengahwini wanita yang sepatutnya dia mewalikan perkahwinan (menjadi wali kepada wanita itu)?” Kekeliruan ini timbul setelah pelajar muslimat yang sama mengajukan soalan semasa beliau datang menemui saya di pejabat. Pada mulanya saya menjawab tidak harus, kerana wali seseorang perempuan ialah waris yang paling dekat dengannya dan yang haram berkahwin dengannya. Namun, jika kesemua wali itu sudah tiada (samada meninggal atau sebagainya), maka sepupu pun layak menjadi wali. Maka dalam hal inilah wali harus (boleh) berkahwin dengan wanita yang dia berhak berikan walinya.
Itulah kenangan yang ingin saya kongsi bersama. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih untuk Zuraida dan Ummi Kalsum. Markah musyarakah yang penuh saya berikan kerana menambahkan ilmu saya.
______________________________________________
[1] Timbulnya dua aliran ini adalah kerana faktor individu seseorang faqih itu sendiri, di samping pengaruh guru dan tempat. Metodologi “ahli ar-Ra’yi” lebih banyak menggunakan perbincangan berbanding “ahli al-Hadis”. Mereka juga lebih banyak menggunakan pemikiran dalam berfatwa berbanding madrasah “ahli al-Hadis” dan mereka juga suka membincangkan masalah-masalah andaian (fiqhul iftiradhi). Ia lebih popular di Kufah dan merupakan pengaruh daripada pemikiran Abdullah bin Mas’ud dan Saidina Ali. Madrasah “ahli al-Hadis” pula popular di Madinah dan kesan pemikiran (ittiba’) Ibnu Umar. Dan antara ulamak terkemuka “ahli ar-Ra’yi” ialah Imam Hanafi, dan ulamak “ahli al-Hadis” pula ialah Imam Malik.
[2] Surah an-Nahli: 43.
[3] Lihat Usulul Hadis, Dr. Muhammad Ujjaj Khatib, Darul Fikr,
[4] Lihat Fiqh Sunnah, karangan Sayyid Sabiq, cetakan 11, Darul Fathi, 1994, j 1, m/s 57. Hadis riwayat al-Jamaah kecuali Tirmizi.
[5] Hadis riwayat Bukhari & Muslim. Ibid, j 1, m/s 49.
[6] Lihat Usulul Hadis, Dr. Muhammad Ujjaj Khatib, Darul Fikr,
[7] Hadis riwayat Muslim. Lihat Nuzhatul Muttaqin, cetakan 23, 1996, juz 2, m/s 487.
[8] Lihat Syarah Qanun Ahwal Syaksiyyah, juz 1, m/s: 168. Dan wanita tersebut berdalilkan dengan ayat 20, surah an-Nisa’. Ertinya: “Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baru) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata?
[9] Lihal al-Mufassol Fi Ahkamil Mar’ah, Dr Abdul Karim Zaidan, Muassasah Risalah, Beirut, cetakan 2, 1994, j 6, m/s 348 (5772).
[10] Lihat Fiqhul Manhaji, juz 2, m/s 59.
[11] Hadis riwayat Abu Daud (2083), Tirmizi (1102) dan Ibn Majah (1881) dalam kitabun Nikah
Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail, http://tasekpauh.blogspot.com/ UPI, KIAS, 0136353463
qzz0719
mbt shoes
canada goose outlet
true religion jeans
coach outlet
harden shoes
michael kors outlet
mishka clothing
michael kors outlet
michael kors
balmain jeans
yeezy
nike air max
hermes belt
kd shoes
lacoste polo
ferragamo belt
jordan 1 off white
nike shox
cheap basketball shoes
nike basketball shoes
yeezy 500
vapormax
valentino
kobe shoes
off white clothing
air max 2018
lebron 10
nike off white
golden goose sneakers
curry 6 shoes