TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Tahan jerat sorong kepala, itulah MP BN

Najib: Wakil rakyat BN tiada niat hina wanita

KUALA LUMPUR, 19 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan dua anggota Dewan Rakyat yang mengeluarkan perkataan "bocor" terhadap seorang anggota wanita di Dewan Rakyat, minggu lepas sebenarnya tidak berniat menghina kaum wanita di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebutan dan reaksi spontan yang dibuat oleh dua anggota parlimen dari Barisan Nasional (BN) itu adalah kerana mereka marah dengan cara berucap anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan dari DAP.

Najib berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai permohonan maaf terbuka kepada semua wanita di negara ini oleh anggota parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof dan anggota parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berhubung penggunaan perkataan "bocor" kepada Fong.

Peristiwa yang berlaku di Dewan Rakyat pada 9 Mei lepas itu dianggap sebagai menghina kaum wanita dan menerima bantahan meluas.

Najib berkata: "Mereka tahu apa yang patut mereka lakukan. Sebenarnya apa yang mereka lakukan iaitu meminta maaf pada kaum wanita pada keseluruhannya adalah kerana perkara ini dah jadi besar.

"Mereka bukanlah bertujuan untuk hina kaum wanita dalam apa cara. Tetapi perbuatan mereka itu menyampuk dalam perbahasan kerana mereka marah kepada cara wakil rakyat berkenaan itu berucap."

"Jadi itu reaksi mereka pada wakil rakyat... bukan terhadap kaum wanita," kata Najib lagi.

Terdahulu, Najib menghadiri majlis konvokesyen Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) Program K-Force di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini.

Labels: , ,

0 Responses to “Tahan jerat sorong kepala, itulah MP BN”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health