TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Amanat Presiden ulang tahun UMNO ke-61

Melayu gemilang, cemerlang, ..!

KUALA LUMPUR 7 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyampaikan amanat kepada kira-kira 5,000 ahli parti pada majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-61, Jumaat ini.

Setiausaha Kerja UMNO, Brig. Jen. (B) Datuk Paduka Husainay Hashim berkata, turut diadakan ialah upacara menaikkan bendera parti dan tayangan video sejarah perjuangan UMNO bertajuk Atas Nama Perjuangan.

Beliau berkata, pada majlis yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Abdullah turut menyampaikan anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada individu yang cemerlang dalam kerjaya masing-masing.

‘‘Anugerah ini diberikan secara tahunan dan pada tahun lalu penerimanya ialah tokoh korporat, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. UtusanOnline

Labels: ,

0 Responses to “Amanat Presiden ulang tahun UMNO ke-61”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health