TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Saham tempatan kukuh di sebalik kejatuhan bursa antarabangsa

Pening saya..

Oleh Khairuddin Mohd Amin

PUTRAJAYA 28 Feb. – Pasaran saham tempatan kekal kukuh walaupun Indeks Komposit (IK) Bursa Malaysia jatuh mendadak dua hari berturut-turut, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, kejatuhan saham di Bursa Malaysia sama seperti yang dialami oleh bursa-bursa saham serantau dan antarabangsa yang bertindak balas terhadap kemungkinan China mengenakan kawalan modal serta kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia yang jatuh 101.07 mata pada awal urus niaga pagi ini beransur pulih pada sesi petang, untuk ditutup 40.63 mata, lebih rendah kepada 1,196.45 mata. IK semalam menyusut 35.79 mata kepada 1,237.08 mata selepas kejatuhannya diselamatkan oleh pembelian saham-saham pada saat akhir urus niaga.

Nor Mohamed berkata demikian ketika mengulas mengenai Bursa Malaysia yang terjejas teruk dengan kejatuhan pasaran saham serantau sejak semalam selepas mengalami kejatuhan harian terbesar dalam tempoh 10 tahun di Bursa Saham Shanghai, China. Lagi..

Labels: ,

0 Responses to “Saham tempatan kukuh di sebalik kejatuhan bursa antarabangsa”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health