Oman, Qatar, UAE beri laluan udara kepada Israel?
0 Comments Related Articles Published by TasekPauh Blogspot on Tuesday, February 27, 2007 at 11:17 PM.
Berita Harian melapurkan hari ini..
Akhbar Kuwait, al-Siyasa, semalam melaporkan seorang diplomat dari negara Teluk, melawat Washington pada Sabtu lalu berkata, tiga negara Arab terbabit, Qatar, Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), sudah memaklumkan kepada Amerika mereka tidak akan membantah jika Israel menggunakan ruang udara mereka meskipun negara terbabit turut bimbang menjadi sasaran Iran.
Sementara itu, al-Siyasa turut melaporkan pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) menggesa Turki membuka ruang udaranya untuk tujuan serangan ke atas Iran serta turut membuka lapangan terbang serta sempadan jika serangan darat dilancarkan.
Menurut seorang diplomat Britain yang ditemubual al-Siyasa, Turki tidak akan mengulangi kesilapan pada 2003 sewaktu negara itu enggan membenarkan tentera udara Amerika menggunakan ruang udaranya untuk menyerang Iraq pada 2003.
Akhbar Britain, Daily Telegraph kelmarin melaporkan Israel sedang berunding dengan Amerika berhubung kebenaran untuk megutkuasakan koridor udara di Iraq, jika serangan ke atas Iran diperlukan.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Ephraim Sneh menafikan laporan itu dan menegaskan Israel tidak mempunyai perancangan sedemikian.
Di Teheran, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, menyatakan rakyat negaranya tidak membenci rakyat Amerika Syarikat tetapi membantah dasar pemerintah Amerika di rantau terbabit, lapor agensi berita Irna.
“Rakyat Iran tidak membenci atau menentang rakyat Amerika,” katanya ketika memberi ceramah kepada sekumpulan paderi Amerika yang mengadakan lawatan bagi memulihkan hubungan antara rakyat Iran dan Amerika.
Kenyataan itu dibuat Ahmadinejad beberapa hari sebelum mesyuarat lima anggota tetap Majlis Keselamatan serta Jerman di London untuk membincangkan sekatan tambahan ke atas Iran.
Di Moscow, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov menyuarakan kebimbangan mengenai spekulasi meningkat berhubung serangan terhadap Iran, lapor agensi berita Interfax.
“Jangkaan dan tanggapan mengenai serangan tentera ke atas Iran semakin kerap didengari dan ini menggusarkan,” kata Lavrov ketika bermesyuarat dengan Presiden Vladimir Putin. – Agensi
BAITULMAQDIS, 27 Februari - Tiga negara Arab di Teluk Parsi dilaporkan sedia membenarkan pesawat tentera udara Israel memasuki ruang udara mereka untuk melakukan serangan ke atas Iran jika Tel Aviv mahu menyerang kemudahan nuklear negara republik Islam itu.
Akhbar Kuwait, al-Siyasa, semalam melaporkan seorang diplomat dari negara Teluk, melawat Washington pada Sabtu lalu berkata, tiga negara Arab terbabit, Qatar, Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), sudah memaklumkan kepada Amerika mereka tidak akan membantah jika Israel menggunakan ruang udara mereka meskipun negara terbabit turut bimbang menjadi sasaran Iran.
Sementara itu, al-Siyasa turut melaporkan pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) menggesa Turki membuka ruang udaranya untuk tujuan serangan ke atas Iran serta turut membuka lapangan terbang serta sempadan jika serangan darat dilancarkan.
Menurut seorang diplomat Britain yang ditemubual al-Siyasa, Turki tidak akan mengulangi kesilapan pada 2003 sewaktu negara itu enggan membenarkan tentera udara Amerika menggunakan ruang udaranya untuk menyerang Iraq pada 2003.
Akhbar Britain, Daily Telegraph kelmarin melaporkan Israel sedang berunding dengan Amerika berhubung kebenaran untuk megutkuasakan koridor udara di Iraq, jika serangan ke atas Iran diperlukan.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Ephraim Sneh menafikan laporan itu dan menegaskan Israel tidak mempunyai perancangan sedemikian.
Di Teheran, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, menyatakan rakyat negaranya tidak membenci rakyat Amerika Syarikat tetapi membantah dasar pemerintah Amerika di rantau terbabit, lapor agensi berita Irna.
“Rakyat Iran tidak membenci atau menentang rakyat Amerika,” katanya ketika memberi ceramah kepada sekumpulan paderi Amerika yang mengadakan lawatan bagi memulihkan hubungan antara rakyat Iran dan Amerika.
Kenyataan itu dibuat Ahmadinejad beberapa hari sebelum mesyuarat lima anggota tetap Majlis Keselamatan serta Jerman di London untuk membincangkan sekatan tambahan ke atas Iran.
Di Moscow, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov menyuarakan kebimbangan mengenai spekulasi meningkat berhubung serangan terhadap Iran, lapor agensi berita Interfax.
“Jangkaan dan tanggapan mengenai serangan tentera ke atas Iran semakin kerap didengari dan ini menggusarkan,” kata Lavrov ketika bermesyuarat dengan Presiden Vladimir Putin. – Agensi
Labels: Berita, Iran, Israel, Luar Negeri
0 Responses to “Oman, Qatar, UAE beri laluan udara kepada Israel?”