TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Rakyat Kelantan serik di bawah pemerintahan Pas

Berita sebegini hanya layak dilapurkan di Utusan Malaysia?
Lihat juga berita ini :
Lagi 133 anggota Pas isytihar keluar parti

KEMAMAN 26 Feb. – Rakyat Kelantan sudah serik berada di bawah pemerintahan kerajaan Pas sejak hampir 16 tahun lalu, kata Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin.

Menurut beliau, rakyat negeri itu mengaku mereka tidak mahu lagi mengundi Pas sebaliknya ingin kembali ke pangkuan jalan dengan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, keinginan rakyat Kelantan itu menandakan zaman gerhana akan berakhir di negeri itu apabila mereka menyokong kembali BN.

‘‘Zaman gerhana di Terengganu sudah berakhir dan tiba masanya Kelantan pula membuat perubahan.

‘‘Mereka kata ‘taubat’ tak nak lagi Pas dan inilah pengakuan rakyat Kelantan sejak akhir-akhir ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Bekas Qari dan Qariah Peringkat Kebangsaan di Masjid Meraga Beris di sini malam tadi.

Mengulas lanjut perkara itu, kata Zainuddin, salah satu aspek menimbulkan rasa tidak senang hati rakyat di Kelantan adalah perjuangan Pas yang tidak konsisten.

Jelasnya, sebagai contoh dahulu mereka menentang segala bentuk hiburan di negeri itu tetapi kemudian mengubah pendirian dengan mempelawa juara Akademi Fantasia 3 (AF3) , Asmawi Ani atau Mawi mengadakan persembahan.

‘‘Dulu segala bentuk hiburan dikatakan haram tetapi sekarang mengubahnya kepada halal,” jelas beliau.

Beliau menambah, pemimpin Pas juga mendakwa tilawah al-Quran tidak menepati kehendak Islam kerana memperdengarkan suara adalah haram.

Bagaimanapun katanya, hasil cetusan ilham Almarhum Tunku Abdul Rahman, tilawah al-Quran bukan sahaja melahirkan ramai qari dan qariah, namun ia turut menyumbang kepada perkembangan pengajian agama yang berteraskan al-Quran. Utusan Malaysia

Labels: , ,

1 Responses to “Rakyat Kelantan serik di bawah pemerintahan Pas”

  1. # Anonymous Anonymous

    ape bende yg serik nyew?
    rakyat kelantan nk lagy duduk bwk pemerintahan pas!
    5 negeri jatuh tgn pakatan rkyt laa oooii!!
    lu pikir la sendiri!  

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health