Jangan bekerja untuk saya, bekerjalah bersama saya
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Saturday, March 03, 2007 at 11:48 AM.Pemimpin politik terima sogokan RM5j disiasat
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan ketika mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia berkata, penjenayah-penjenayah yang dikaitkan dengan pemimpin politik tersebut dipercayai terlibat dengan beberapa salah laku seperti maksiat, pelacuran, gengsterisme, Ah Long dan peras ugut.
‘‘Polis mula menyiasat perkara itu berdasarkan laporan dua buah laman blog tempatan yang menyiarkan kegiatan pemimpin politik kanan tersebut yang didakwa telah menerima sogokan berjumlah RM5 juta.
‘‘Siasatan akan dijalankan secara terperinci untuk memastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Musa, polis memandang serius perkara itu kerana dakwaan tersebut mengaitkan pemimpin kanan politik negara.
Justeru, kata Musa, polis telah meminta kerjasama daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk meneliti tuduhan kedua-dua laman web tersebut.
Utusan Malaysia difahamkan sejak Januari tahun ini, polis telah menahan sekurang-kurangnya 300 orang dan 200 orang daripada mereka telah dirujuk untuk ditahan di bawah Ordinan Darurat. UtusanOnline
Labels: Islam Hadhari, Malaysia, Pak Lah
0 Responses to “Jangan bekerja untuk saya, bekerjalah bersama saya”