TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Bukan Zulkipli seorang?

‘Bukan Zulkipli seorang’ -- Bekas Pengarah BPR Sabah dakwa beberapa pegawai kanan turut terlibat rasuah

Oleh: RUHAIDINI ABD. KADIR

KUALA LUMPUR 2 Mac – Bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sabah, Mohamad Ramli Manan hari ini berkata, laporan berhubung rasuah dan salah guna kuasa bukan sahaja dibuat oleh beliau ke atas Ketua Pengarah BPR, Datuk Zulkipli Mat Noor tetapi turut melibatkan beberapa pegawai kanan agensi itu.

Mohamad Ramli, 56, yang bersara pada 8 Disember lalu menegaskan bahawa laporan terhadap Zulkipli dibuat di bawah Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah pada Julai 2006 yang membolehkan polis membuka kertas siasatan.

‘‘Laporan rasuah, gangguan seksual dan salah guna kuasa terhadap Zulkipli diserahkan kepada Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Mohd. Bakri Omar

‘‘Laporan (terhadap Zulkipli) itu tidak pernah saya serah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Laporan itu juga bukan didorong oleh perasaan balas dendam atau sakit hati,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di Seremban, hari ini.

Ditanya reaksinya mengenai status kertas siasatan terhadap Zulkipli selepas membuat laporan pada 2006, Mohamad Ramli enggan memberi sebarang ulasan atas alasan beliau telah bersara.

Menurut Mohamad Ramli, isu itu kini di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

‘‘Sebagai pegawai BPR ketika itu, saya telah melaksanakan tanggungjawab memerangi rasuah termasuk di kalangan pegawai atasan BPR tanpa rasa takut atau pilih kasih.

‘‘Saya memegang prinsip iaitu pegawai-pegawai BPR perlu memiliki sifat dan nilai positif seperti jujur dan integriti,’’ tegasnya.

Mengenai laporan beliau terhadap beberapa pegawai kanan badan itu yang turut didakwa terlibat dalam kes rasuah dan salah guna kuasa, Mohamad Ramli memberitahu, laporan dibuat di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 di antara tahun 2003 dan 2004.

‘‘Laporan terhadap mereka telah saya serahkan kepada pihak atasan pada ketika itu,’’ katanya yang enggan mendedahkan butiran laporan berkenaan.

Ditanya mengenai tindakan yang diambil ke atas mereka, beliau berkata; ‘‘Itu kena tanya Zulkipli. Saya buat (laporan) atas prinsip untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti BPR.’’

Isu mengenai dakwaan terhadap Zulkipli ditimbulkan oleh sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) melalui satu laman blog tempatan baru-baru ini. Dakwaan itu kemudian dipetik sebuah akhbar tempatan.

Menurut laporan itu, Zulkipli didakwa mempunyai kepentingan dalam pelbagai perniagaan dan hartanah termasuk enam buah rumah di Pagoh, Johor serta menyalah guna kenderaan kerajaan.

Pada Julai 1997, seorang ahli perniagaan wanita membuat laporan polis di Balai Polis Cheras, di sini dan mendakwa dipukul oleh Zulkipli ekoran beliau menolak untuk melakukan hubungan seks.

Semasa laporan itu dibuat, Zulkipli adalah bekas Ketua Polis Johor. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah BPR pada 2001. Perkhidmatan beliau disambung secara pinjaman sebanyak tiga kali. Tarikh akhirnya di pejabat, difahamkan ialah pada akhir Mac ini.

Sebelum menjawat jawatan dalam badan itu, beliau adalah Pesuruhjaya Polis Sarawak. UtusanOnline

Labels: , ,

0 Responses to “Bukan Zulkipli seorang?”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health