Berita : Kelantan nafi benarkan disko
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Friday, December 22, 2006 at 6:40 AM.Kelantan nafi benarkan disko, kelab malam
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Takiyuddin Hassan berkata pusat hiburan seperti itu tidak mungkin akan bertapak di Kelantan walaupun untuk tujuan menarik pelancong ke negeri ini selagi PAS memerintah Kelantan.
"Jika ada laporan media yang menyebut Kelantan akan benarkan disko dan kelab malam, itu tidak benar. Saya sendiri terkejut bila ada orang tanya saya betul ke Kelantan nak benarkan disko dan kelab malam. Tidak benar tu...," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKBBRI) di sini, hari ini.
0 Responses to “Berita : Kelantan nafi benarkan disko”