TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Berita : China haramkan pakaian seksi, kenapa tidak Kelantan.

Dipetik dari DetikDaily - Analisis Isu Semasa

China boleh haramkan perempuan berpakaian seksi, kenapa tidak Kelantan?

KUALA LUMPUR: Kakitangan kerajaan perempuan di bahagian timur China dilarang memakai pakaian seksi dan bercakap menggunakan bahasa 'kotor' di dalam pejabat.

Mereka diminta agar jangan memakai pakaian yang mendedahkan bahagian dada, betis, dan tidak mengenakan barang kemas yang banyak, menurut laporan agensi berita BBC News.

Menurut Perkhidmatan Berita China, yang sebahagiannya dipunyai kerajaan, peraturan itu merupakan yang pertama dibuat di negara tersebut.

Pakaian yang digunakan jangan "terlalu moden dan seksi", mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh biro arkib wilayah Zhejiang itu.

Ia juga tidak boleh 'terlalu nipis atau ketat sehingga menampakkan pakaian dalam', katanya.

Peraturan itu juga mencadangkan agar perempuan berakhlak selari dengan kedudukan profesyen mereka.

"Alasan mengapa kami mementingkan cara berpakaian ini ialah, ia merupakan tanggapan pertama kepada setiap orang yang berurusan dengan kakitangan kerajaan perempuan," kata Wu Ling, pengarah bahagian wanita biro berkenaan.

Labels: , ,

1 Responses to “Berita : China haramkan pakaian seksi, kenapa tidak Kelantan.”

  1. # Anonymous Anonymous

    Ya wanita zaman sekarang semakin melampau. Lihat sendiri di http://wanitanafsu.blogspot.com dan berikan komen anda  

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health