Siri 2 - Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam
1 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Monday, November 06, 2006 at 11:38 PM.Hadis-Hadis Asas Tentang Solah Berjemaah
Tujuan Dijadikan Imam
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ, قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ, فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا, وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا, وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا . رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya dijadikan itu imam untuk diikuti. Maka apabila dia bertakbir, maka kamu semua bertakbirlah, dan apabila dia rukuk, maka rukuklah, dan bila dia sujud, maka sujudlah. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sekurang-Kurang Bilangan Jemaah
عَنْ أَبِيْ مُوْسَى الأَشْعَرِيِّ, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اثْنَانِ فَمَا فَوْقَهُمَا جَمَاعَةٌ. رَوَاهُ ابْنُ مَاجَة.
Daripada Abi Musa al-Asy'ariyy, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dua orang dan ke atas itu adalah jemaah". Riwayat Ibnu Majah. (Dhoif).
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَجُلًا دَخَلَ الْمَسْجِدَ وَقَدْ صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأَصْحَابِهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَتَصَدَّقُ عَلَى هَذَا فَيُصَلِّيَ مَعَهُ فَقَامَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ فَصَلَّى مَعَهُ. رَوَاهُ أَحْمَدُ وَأَبُوْ دَاوُدَ.
Abu Said al-Khudriyy menceritakan seorang lelaki masuk masjid untuk bersembahyang, sedangkan Rasulullah s.a.w. sudah pun selesai bersembahyang bersama para sahabat baginda, lalu baginda bersabda: "Siapakah yang ingin bersedekah (membantu) orang ini"? (iaitu bersembahyang bersamanya supaya dia tidak bersembahyang seorang diri, bahkan berjemaah). Lalu bangunlah seorang sahabat untuk bersembahyang bersamanya. Riwayat Ahmad dan Abu Dawuud.
Mengimami Imam Yang Sembahyang I'adah
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ, أَنَّ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ كَانَ يُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ يَرْجِعُ فَيَؤُمُّ قَوْمَهُ.
Jabir bin Abdillah menceritakan bahawa Saidina Muaz bin Jabal bersembahyang (berjemaah) dengan Rasulullah s.a.w., kemudian beliau balik untuk mengimami kaumnya pula (pada sembahyang yang sama). Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dan pernah satu kali beliau bersembahyang bersama Nabi s.a.w. solat Isyak, kemudian beliau balik mengimami kaumnya solat Isyak. Dalam solatnya itu, beliau membaca surah al-Baqarah. Dan ada seorang lelaki yang bermufaraqah dan tidak mengikut beliau, (bahkan) dia bersembahyang seorang diri sahaja. Sebahagian daripada mereka mencelanya kerana perbuatan tersebut,lalu lelaki tadi pergi mengadu kepada Rasulullah s.a.w. dengan katanya: "kami adalah orang yang (penat) bekerja di siang hari, kami bekerja memberi minum unta (memeliharanya). Muaz pula dah pun bersembahyang Isyak bersamamu kemudian dia datang mengimami kami dengan membaca surah al-Baqarah pula". Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "adakah kamu ingin menjadi punca fitnah wahai Muaz? Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sabdanya lagi: "Bacalah "Wassyamsi wa dhuhaahaa, "Sabbihisma rabbikal a'la" dan seumapamanya". Riwayat Bukhari dan Muslim.
Larangan Mendahului Imam
عَنْ أَنَسٍ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ, فَلَمَّا قَضَى الصَّلَاةَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ, فَقَالَ: أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي إِمَامُكُمْ فَلَا تَسْبِقُونِي بِالرُّكُوعِ وَلَا بِالسُّجُودِ وَلَا بِالْقِيَامِ وَلَا بِالِانْصِرَافِ فَإِنِّي أَرَاكُمْ أَمَامِي وَمِنْ خَلْفِي. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Anas bin Malik menceritakan bahawa, satu kali Rasulullah s.a.w. bersembahyang bersama kami. Dan sesudah selesai sembahyang, baginda berpaling menghadapkan mukanya ke arah kami dan bersabda: "Wahai kalian, sesungguhnya saya ini adalah imam kamu. (Kerana itu) janganlah kamu mendahuluiki samada dalam rukuk atau sujud atau bangkit atau memberi salam. Sesungguhnya aku melihat kamu samada dari depanku atau belakangku". Riwayat Muslim.
Ancaman Mendahului Imam
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ, عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَمَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ أَوْ لَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ قَبْلَ الْإِمَامِ أَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ أَوْ يَجْعَلَ اللَّهُ صُورَتَهُ صُورَةَ حِمَارٍ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah seseorang itu tidak merasa takut bila dia mengangkatkan kepalanya sebelum imam, bahawa Allah akan menjadikan kepalanya kepala himar atau rupanya (keseluruhan tubuh badannya) menjadi rupa himar"? Riwayat Bukari dan Muslim.
Larangan Menyaringkan Bacaan Di Belakang Imam
عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الظُّهْرِ أَوِ الْعَصْرِ فَقَالَ: أَيُّكُمْ قَرَأَ خَلْفِي بِسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى فَقَالَ رَجُلٌ أَنَا وَلَمْ أُرِدْ بِهَا إِلَّا الْخَيْرَ قَالَ قَدْ عَلِمْتُ أَنَّ بَعْضَكُمْ خَالَجَنِيهَا. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Imran bin Hasoin menceritakan, pernah satu kali Rasulullah s.a.w. bersembahyang bersama kami solat zohor ataupun asar, kemudian baginda bersabda dengan bertanya: "Siapakah yang membaca "Sabbihisma rabbikal a'la" di belakangku tadi? (agak nyaring sehingga didengari oleh Rasulullah s.a.w.).
Imam Dituntut Membetulkan Saf Sebelum Bertakbir
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda: "Betulkan saf! Sesungguhnya membetulkan saf itu sebahagian daripada (tuntutan kesempurnaan) mendirikan sembahyang". Riwayat Bukhari dan Muslim.
Membetulkan Kedudukan Makmum Dan Mengimami Makmum Kanak-Kanak
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ بِتُّ عِنْدَ خَالَتِي فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَ بِرَأْسِي فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
Ibnu Abbas menceritakan bahawa pernah satu kali aku bermalam di rumah emak saudaraku. Dan aku lihat rasulullah s.a.w. bangun bersembahnyang malam (tahajjud). Aku pun bangun untuk bersembahyang bersamanya. Aku berdiri di sebelah kirinya, lalu baginda memegang kepalaku (untuk mengubah kedudukanku) dan baginda meletakkanku di sebelah kanannya. Riwayat Bukhari.
Bacaan Imam Adalah Bacaan Bagi Makmum
عَنْ جَابِرٍ, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ كَانَ لَهُ إِمَامٌ فَقِرَاءَةُ الْإِمَامِ لَهُ قِرَاءَةٌ . رَوَاهُ ابْنُ مَاجَة.
Daripada Jabir, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mempunyai imam, maka bacaan imamnya dianggap bacaan untuknya". Riwayat Ibnu Majah. Berdasarkan hadis inilah orang yang masbuq diharuskan untuk meninggalkan bacaan al-Fatihah, dan terus rukuk bersama imam, jika tidak sempat menghabiskannya.
Imam Dituntut Meringkaskan Sembahyang
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ, أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ لِلنَّاسِ فَلْيُخَفِّفْ, فَإِنَّ مِنْهُمُ الضَّعِيفَ وَالسَّقِيمَ وَالْكَبِيرَ, وَإِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ لِنَفْسِهِ فَلْيُطَوِّلْ مَا شَاءَ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bila seseorang daripada kamu menjadi imam (sembahyang), maka hendaklah dia meringkaskan (bacaannya), kerana sebahagian daripada mereka (makmum itu), ada yang lemah, sakit dan tua. Dan apabila kamu bersembahyang seorang diri, maka panjangkanlah sekehendak kamu". Riwayat Bukhari dan Muslim.
Labels: Ibadah, Ilmu, Solat Berjamaah
Jazakallah..sntiasa melewati blog saudra mnfaat sakali