TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Ibadah : Berimamkan imam solat sunat & lebih rakaat

Sahkan sembahyang fardhu makmum di belakang imam yang bersembahyang sunat dan bolehkah seseorang bersembahyang fardhu yang rakaatnya kurang dari rakaat sembahyang imam?

Salah satu syarat sah berjamaah hendaklah sama peraturan antara sembahyang imam dan makmum. Kerana inilah sah sembahyang fardu di belakang imam yang sembahyang sunat dan begitulah juga sebaliknya. Contoh bagi yang tidak sama peraturan sembahyang ialah solat biasa mengikuti imam yang bersolat gerhana atau solat jenazah, maka tidak sah ikutannya itu.

Dan tidak mengapa juga jika berlainan bilangan rakaat sembahyang imam dan makmum. Dan jika rakaat sembahyang imam itu adalah lebih banyak, dan makmum sudah pun membaca tahiyat akhir, dia dibolehkan untuk menanti imam dalam tahiyyatnya sehingga imam itu selesai mengerjakan sembahyangnya dan memberi salam atau (pilihan kedua ialah) dia berniat mufaraqah dan memberi salam sebelum selesai solat imamnya. Dan yang afdhalnya ialah menanti imam.

Tetapi jika tahiyyat akhir makmum itu berada pada rakaat yang tiada tahiyyat bagi imam, seperti sembahyang maghrib di belakang imam yang bersembahyang empat rakaat, atau sembahyang dua rakaat di belakang imam yang bersembahyang empat rakaat, tetapi imamnya tidak mengerjakan tahiyyat awal, maka wajib bermufaraqah dan tidak harus menanti imam.

Petikan dari "Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam" keluaran akan datang oleh Us TMSTI.

Labels: ,

0 Responses to “Ibadah : Berimamkan imam solat sunat & lebih rakaat”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health