TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Hadis : Bab 255 - Riyadus Solihin

Alhamdulillah, siri kedua terjemahan kumpulan hadis Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi Kitab Pada Menyatakan Perkara-Perkara Yang Dilarang terjemahan dan huraian pengajaran oleh Us Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail. Selamat membaca sambil belajar, insyaAllah - zy.

255- Bab Pada Menyatakan Haramnya Mendengar Mengumpat

Dan Suruhan Kepada Yang Mendengar Umpatan Yang Haram Supaya Menegah Dan Menegur Si Pengumpat. Jika Tidak Mampu Ataupun Tegurannya Tidak Diterima, Maka Hendaklah Dia Keluar Daripada Tempat Tersebut Jika Dia Mampu.

Ayat-Ayat Suci Al-Qur’anul Karim Yang Berkaitan

وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ

1- Firman Allah s.w.t.: Apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat (keji) mereka akan berpaling daripadanya.

[ Surah al-Qasos ayat 55 ]

tوَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

2- Firman Allah s.w.t.: Dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tidak bermanfaat.

[ Surah al- Mu’minuun ayat 3 ]

إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

3- Firman Allah s.w.t.: Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan disoal (dipertanggung jawabkan).

[ Surah al-Isra’ ayat 36 ]

وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلاَ تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

4- Firman Allah s.w.t.: Dan jika kamu melihat orang-orang mencela dan memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka (keluar dari majlis mereka) sehinggalah mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini) maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).

[ Surah al-An’am ayat 68 ]

Hadis-Hadis Yang Berkaitan

وَعَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ رَدَّ عَنْ عِرْضِ أَخِيهِ رَدَّ اللَّهُ عَنْ وَجْهِهِ النَّارَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَقَالَ: حَدِيثٌ حَسَنٌ.

1529/1- Daripada Abi ad-Darda’ r.a., Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mempertahankan maruah saudaranya, Allah akan mempertahankan mukanya daripada api neraka pada hari kiamat.

Hadis riwayat Tirmizi dan beliau berkata: hadis hasan.

Pengajaran Daripada Hadis

1- Kita disuruh mempertahankan maruah saudara kita seIslam bila dia diumpati.

2- Mempertahankan maruah saudara kita dan bukannya mengumpatinya adalah jalan kejayaan untuk lepas daripada neraka di akhirat.

وَعَْن عِتْبَانِ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ فِيْ حَدِيْثِهِ الطَّوِيْلِ الْمَشْهُوْرِ الَّذِيْ تَقَدَّمَ فِيْ بَابِ الرَّجَاءِ, قَالَ: قَامَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّيْ, فَقَالَ: أَيْنَ مَالِكُ بْنُ الدُّخْشُمِ؟ فَقَالَ رَجُلٌ: ذَلِكَ مُنَافِقٌ لَا يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تَقُلْ ذَلِكَ, أَلَا تَرَاهُ قَدْ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ؟ يُرِيدُ بِذَلِكَ وَجْهَ اللَّهِ, وَإِنَّ اللَّهَ قَدْ حَرَّمَ عَلَى النَّارِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَبْتَغِي بِذَلِكَ وَجْهَ اللَّهِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

1530/2- Daripada Itban bin Malik r.a. pada hadis riwayatnya yang panjang dan masyhur itu yang telahpun disebutkan pada Bab Berharap Pada Allah beliau berkata: Rasulullah bangun bersolat dan selepas itu baginda bertanya: Di manakah Malik bin ad-Dukhsyum? Ada seorang lelaki menjawab: Dia adalah seorang munafiq yang tidak sukakan Allah dan Rasulnya. Baginda bersabda: Jangan kamu berkata begitu. Tidakkah kamu melihat bahawa dia mengucapkan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (Tiada tuhan selain Allah)? (Dia mengucapkan demikian) semata-mata kerana Allah. Dan sesungguhnya Allah s.w.t. telahpun mengharamkan neraka ke atas sesiapa sahaja yang mengucapkan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ dengan bertujuan mencari keradhaanNya.

Hadis riwayat Bukahri dan Muslim.

Peringatan: Dalam hadis-hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Nasaie, Ibnu Hibban, Baihaqi, Tobarani, yang bertanya ialah salah seorang daripada hadirin, dan bukanlah Nabi s.a.w. sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Nawawi tadi. Kami anggap bahawa hadis ini diriwayatkan dengan makna dan berlaku sedikit kesilapan. Diingatkan juga bahawa khilaf riwayat hadis-hadis tersebut tentang nama bapa Malik, ada riwayat Dukhsyun, Dukhaisyin, (dengan huruf nun di akhir).

Pengajaran Daripada Hadis

1- Rasulullah s.a.w. menunjukkan cara mempertahankan maruah saudara seIslam jika diumpati dan dikeji.

2- Mencegah daripada dosa mengumpat samada dengan melarang si pengumpat, menyedarkannya atau mengembalikan perkataanya itu kepada dirinya.

3- Kepentingan keimanan ( La Ilaha Illallah).

4- Setiap amalan mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah

وَعَنْ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ فِيْ حَدِيْثِهِ الطَّوِيْلِ فِيْ قِصَّةِ تَوْبَتِهِ, قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ جَالِسٌ فِي الْقَوْمِ بِتَبُوكَ: مَا فَعَلَ كَعْبُ بْنُ مَالِكٍ؟ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي سَلِمَةَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ, حَبَسَهُ بُرْدَاهُ وَالنَّظَرُ فِي عِطْفَيْهِ. فَقَالَ لَهُ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: بِئْسَ مَا قُلْتَ, وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ, مَا عَلِمْنَا عَلَيْهِ إِلَّا خَيْرًا. فَسَكَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

1531/3- Daripada Ka’ab bin Malik r.a. pada hadisnya yang panjang yang menceritakan kisah taubatnya katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda ketika baginda bersama-sama dengan kaum muslimin di Tabuk (nama tempat yang Rasulullah pergi untuk berjihad): Apakah yang dibuat oleh Ka’ab bin Malik ?( Kerana beliau tidak menghadiri perang ini). Maka ada seorang lelaki daripada suku Bani Salimah menjawab: Wahai Rasulullah, bajunya (kemewahannya) dan keegoannyalah yang menghalangnya daripada turut hadir. Maka Mu’az bin Jabal menjawab: Sungguh buruk apa yang kamu ucapkan itu. Demi Allah wahai Rasulullah, kami tidak tahu tentang diri Ka’ab melainkan kebaikan sahaja. Maka Rassulullah s.a.w. pun diam.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Pengajaran Daripada Hadis

1- Contoh daripada sahabat Rasulullah yang mempertahankan maruah saudaranya.

Iqrar Rasulullah bagi perbuatan Muaz yang mempertahankan saudaranya itu

Labels: , ,

0 Responses to “Hadis : Bab 255 - Riyadus Solihin”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health