TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


1.5 - Jenis-Jenis Maslahah

Bab 1 - Maqasid Syariah

مقاصد الشريعة الإسلامية

1.5 - Jenis-Jenis Maslahah

Kedatangan Syariah Islam adalah untuk memberikan maslahah dan menolak mafsadah. Terdapat pelbagai jenis maslahah, jika dilihat daripada sudut yang berbeza-beza. Jenis-jenis maslahah itu adalah seperti beikut:-

Pertama: Jika dilihat dari sudut adakah Syarak mengambil kira (mengiktibarkannya) sebagai maslahah atau tidak? Dilihat dari sudut ini, maslahah terbahagi kepada tiga bahagian:-

i-Maslahah Mu’tabarah- maslahah mu’tabarah ialah maslahah yang diiktibar pada Syarak, dan Syarak pula telah menetapkan hukum-hakam untuk mencapainya. Sebagai contoh, Syarak menganggap menjaga nyawa sebagai maslahah, dan Syarak telah menetapkan hukum haramnya pembunuhan tanpa sebab dan mengenakan qisas kepada si pembunuh.

ii-Maslahah Mulghah- maslahah mulghah ialah maslahah yang tidak diiktibar oleh Syarak dan ia juga tidak menganggapnya sebagai maslahah, kerana ia boleh meluputkan maslahah lain yang lebih besar daripadanya. Contoh bagi maslahah mulghah ialah menyerah diri kepada musuh tanpa perang. Sekalipun menyerah diri kepada musuh adalah maslahah, yang mana boleh menjaga nyawa-nyawa tentera, tetapi maslahah ini tidaklah perlu dijaga dan diiktibar, kerana ia boleh meluputkan maslahah yang lebih besar daripadanya, iaitu memelihara negara Islam daripada penjajahan musuh dan pengkhianatan kepada kemuliaan warganegara Muslim. Kerana inilah Islam mensyariatkan jihad dan berperang memerangi musuh.

iii-Maslahah Mursalah- ialah maslahah yang tidak ada dalil daripada Syarak samada mengiktibarkannya atau pun tidak mengiktibarnya. Ia dikatakan maslahah kerana mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan, dan dikatakan mursalah, kerana tiada dalil khas daripada Syarak mengiktibarkannya. (Sila rujuk artikel bekaitan).

Kedua: Dilihat dari sudut kepada siapakah maslahah itu kembali? Ia terbahagi kepada dua bahagian:-

i-Maslahah Kulliyyah- iaitu maslahah yang mana keuntungannya itu kembali kepada keseluruhan ummah atau pun kepada sebahagian besar ummah dan masyarakat. Contohnya menjaga negara daripada pencerobohan musuh, menjaga perpaduan ummah, menjaga Hadis-hadis Nabawi daripada pemalsuan dan sebagainya.

ii-Maslahah Juz’iyyah- maslahah yang mana keuntungannya hanyalah kembali kepada orang perseorangan atau pun sebahagian kecil masyarakat. Contohnya pensyariatan syuf’ah, gadaian, keharusan menjadi doktor, bersukan dan sebagainya.

Ketiga: Maslahah jika dilihat kepada sudut keperluan kepadanya, terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:-

i-Maslahah Qat’iyyah- maslahah yang diyakini sepenuhnya bahawa diiktibar oleh Syarak. Contohnya maslahah menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan juga harta.

ii-Maslahah Zonniyyah- maslahah yang mana datang pensyariatannya dengan dalil zonniyy atau yang difikirkan akal bahawa ia diiktibar oleh Syarak. Contohnya maslahah kenapa hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman ketika marah.

iii-Maslahah Wahmiyyah- maslahah yang pada permulaannya nampak mendatangkan kebaikan, tetapi setelah diteliti, ia sebenarnya mendatang keburukan yang lebih besar atau menghilangkan maslahah lain yang lebih besar daripadanya. Contohnya ialah seperti tidak mengenakan qisas kepada pembunuh, melakukan maksiat, mengambil dadah untuk menghilangkan masalah-masalah dan sebagainya.

Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail, Sarjana Muda Shariah & Pengajian Islam, Univ. Mu’tah, Jordan. SE100605H280704M.

Labels: ,

8 Responses to “1.5 - Jenis-Jenis Maslahah”

  1. # Blogger ibnmirs

    satu imput yang baik.. terima kasih atas perkongsian..
    apakah bahan2 atau buku yang boleh dibuat rujukkan untuk mengetahui lanjut tentang maslahah
     

  2. # Blogger Unknown
  3. # Blogger John
  4. # Anonymous obat penggugur

    thanks gan artikelnya...  

  5. # Blogger Unknown
  6. # Anonymous Cara Mengatasi Penyakit Kuning Yang Tak Kunjung Sembuh

    Terima kasih artikelnya sangat membantu sekali mudah-mudahan artikel ini bermanfaat bagi semua.
     

  7. # Blogger Unknown
  8. # Blogger yanmaneee
Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health