TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Pak Lah kata jangan perli Islam Hadhari

BANGI, Jun 12 - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegur golongan yang gemar memperlekeh-lekehkan konsep Islam Hadhari yang dipeloporinya.

"Saya sudah bercakap mengenai Islam Hadhari merata dunia, semuanya menerima konsep itu. Tapi orang Melayu di sini pula, gaduh, mahu perli perli. Ini bukan agama baru. Ini cuma pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan budaya Islam," katanya ketika merasmikan Muzakarah Kebangsaan Imam di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.


Perdana Menteri melihat model 'Masjid Hadhari' yang dibina di Jerteh, Terengganu selepas majlis perasmian muzakarah di UKM.

Kira-kira 3,900 imam daripada keseluruhan imam di negara ini yang berjumlah 20,000 orang hadir di perhimpunan tiga hari itu.

Abdullah berkata baru-baru ini pun beliau telah diminta untuk bercakap mengenai topik itu dalam lawatannya ke Russia hujung bulan ini.

Beliau kelihatan agak kecewa dengan sikap masyarakat setempat yang mempermain-mainkan konsep itu serta sengaja tidak mahu memahami tujuannya, sedangkan pemimpin luar negara semuanya menerima baik pendekatan itu yang bertujuan membina masyarakat Islam yang bermutu, berpendidikan dan berkebolehan dalam semua bidang.

"Jika kita mahukan kebaikan, kenalah ikut cara yang boleh membawa kemajuan. Ilmu kita guna ke jalan yang baik adalah satu amalan jariah," katanya. Lagi di mStarOnline

hmm, Islamnya Islam Hadhari diukur dengan penerimaan pemimpin luar negara?

Labels: , ,

0 Responses to “Pak Lah kata jangan perli Islam Hadhari”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health