TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Abang saya tidak akan lupa diri

Pemimpin (imam) pilihan masyarakat Ijok tajaan Islam Hadhari.

KUALA SELANGOR (Utusan 30 April) – Adik-beradik wakil rakyat baru Ijok, K. Parthiban, 38, percaya abang sulung mereka itu tidak akan lupa diri meskipun berjaya menjadi Yang Berhormat (YB) pada usia muda.

Menurut adik keduanya, K. Kamala Devi, 31, mereka adik-beradik kenal siapa Parthiban dan percaya status barunya itu bukan alasan untuk abangnya itu bersikap sombong serta bongkak.

Sebaliknya, Kamala percaya, abangnya juga akan meningkatkan usaha untuk menyelesaikan masalah penduduk di kawasan yang diwakilinya.

‘‘Saya tidak nampak abang akan sombong dan bongkak dengan jawatan barunya. Dia sangat baik dan suka berkhidmat untuk orang ramai.

‘‘Jadi saya rasa selepas ini, beliau akan lebih bersemangat untuk bekerja, tambahan pula berjaya mencapai impiannya menjadi wakil rakyat pada usia yang masih muda,” katanya.

Ketika ditanya adakah mereka telah bersedia untuk berkongsi Parthiban dengan masyarakat, Kamala berkata:

‘‘Kami telah mula berkongsi abang dengan masyarakat sejak di zaman belianya lagi. Jadi tiada masalah untuk menerima situasi baru ini, kami faham dan sentiasa akan memberikan sokongan.”

Parthiban yang pernah berkhidmat sebagai guru merupakan anak kedua daripada enam beradik.

Selain Kamala, Parthiban mempunyai seorang kakak, seorang adik lelaki dan dua lagi adik perempuan.

Mereka ialah K. Komathy, 39, seorang akauntan, K. Anandan, 34, (kontraktor), K. Revathy, 25, dan K. Gita, 21, yang masih menuntut dalam jurusan perubatan di Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Sementara itu, adik bongsunya, Gita berharap abangnya akan segera menamatkan zaman bujangnya memandangkan tugas barunya itu lebih mencabar.

‘‘Kebiasaannya orang kata, wanita tonggak kejayaan seseorang lelaki dan kami berharap sangat agar ada seorang wanita yang akan menjadi pendorong kepada abang selain menjaga dirinya,” katanya.

Beliau menambah, ia bukan bermaksud mereka adik-beradik tidak mahu berkongsi kesusahan abangnya sebagai YB, tetapi apa yang mereka mahukan Parthiban menikmati hidup gembira dan berkeluarga seperti insan lain.

‘‘Abang sudah banyak berkorban untuk kami adik- beradik dan sekarang kami percaya, masanya telah tiba untuk memikirkan kehidupannya pula,” jelasnya.

Labels: , , ,

0 Responses to “Abang saya tidak akan lupa diri”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health