TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Bot mewah: PM tidak ambil tindakan terhadap Hurriyet

Tak mahu saman akhirnya..

KUALA LUMPUR 25 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak mengambil tindakan terhadap akhbar Hurriyet dari Turki yang menyiarkan berita palsu bahawa beliau menempah sebuah bot mewah di negara itu.

Menurut Perdana Menteri, penafian mengenai perkara itu sudah dibuat oleh syarikat pengeluar kapal layar berkenaan, Kobra Yatcllik Turizm ve Turizm Limited Company, dan disiarkan akhbar yang sama.

‘‘Adalah lebih baik sekiranya tenaga, masa dan sumber dilaburkan untuk perkara yang lebih produktif seperti pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) daripada memanjangkan lagi berita palsu seperti pembelian kapal layar itu,” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Dr. Mohamed Hayati Othman (Pas- Pendang) di Dewan Rakyat hari ini.

Dr. Mohamed Hayati meminta Perdana Menteri menyatakan bentuk tindakan kerajaan terhadap fitnah akhbar itu yang menyatakan Abdullah menempah bot mewah di Turki.

Perdana Menteri berkata, walaupun tiada tindakan dalam kes itu, beliau tetap mendapatkan nasihat guaman dan akan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mana-mana berita palsu yang disebarkan untuk menjatuhkan nama baiknya atau kerajaan Malaysia. UtusanOnline

Labels: ,

1 Responses to “Bot mewah: PM tidak ambil tindakan terhadap Hurriyet”

  1. # Anonymous Anonymous

    Brim over I agree but I dream the list inform should secure more info then it has.  

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health