TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Kelantan tawar Pelajar 18 A biasiswa RM250,000

KOTA BHARU: Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Siti Fatimah Mukhtar, 17, yang memperoleh 18 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006, ditawarkan biasiswa RM250,000 bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Tawaran Kerajaan Negeri Kelantan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Nik Mohd Amar Nik Abdullah, yang menemui pelajar itu di sekolah berkenaan, semalam.

Siti Fatimah berkata, beliau menerima biasiswa itu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Asia Barat kerana memang berminat mendalami bidang perubatan di sana.

Nik Mohd Amar berkata, Siti Fatimah yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik dianggap pelajar terbaik negara oleh kerajaan negeri, layak menerima biasiswa melanjutkan pengajian dalam bidang itu.

“Kerajaan negeri meluluskan biasiswa untuk Siti Fatimah kerana beliau melakar sejarah kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) memperoleh 18 A.

“Kita mencadangkan Asia Barat kerana Siti Fatimah berlatar belakang pendidikan agama dan tahfiz. Selain perubatan, beliau boleh mendalami Bahasa Arab serta menghabiskan tahfiz al-Quran,” katanya. BeritaHarian

Labels: ,

0 Responses to “Kelantan tawar Pelajar 18 A biasiswa RM250,000”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health