TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Najib berbohong atas tuduhan Pas menipu?

Batu Talam: Surat didedah Najib suatu pembohongan
Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Hrkh) - PAS hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa ia mengeluarkan surat menghasut pengundi memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Talam.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata demikian sebagai menjawab tohmahan Najib yang disiarkan dalam laporan media arus perdana. Beliau ditemui selepas menerima kunjungan pimpinan kerajaan Palestin (Hamas) di sebuah hotel dekat sini pagi tadi.

Turut mewakili PAS dalam pertemuan itu ialah, Setiausaha Agungnya, Dato' Kamarudin Jaffar; ahli Majlis Syura Ulama, Ustaz Hassan Shukri; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Azizah Khatib Mat; Timbalannya, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali; AJK DMPP, Ustazah Jamilah Ibrahim dan Senator Mumtaz Mat Nawi.

Sementara Hamas diwakili, Menteri Kerja Raya Palestin, Ir Abdul Rahman Zaidan; Menteri hal Ehwal Wanita, Dr Maryam Salleh; ahli Parlimen Hamas, Muhammad Tuttah, Muna Mansur, Daud Abu Sair, Abdul Rahman Musleh dan Khalid Zuwaib.

Lapor polis

Menurut Nasharudin, beliau telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung tohmahan itu dan PAS Pahang katanya telah membuat satu laporan polis terhadap kenyataan itu.

"Kita juga akan menghubungi peguam kita untuk berbincang soal kemungkinan tindakan undang-undang terhadap kenyataan itu," katanya sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai satu pembhongan dan strategi memburukkan PAS.

Sambil menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai 'desperado' beliau berkata, kenyataan itu juga lahir akibat kegelisahan Umno dan Barisan Nasional (BN) setelah PAS dan KeADILan melancarkan boikot pilihan raya berkenaan.

Kesan boikot

Beliau percaya Umno kini mula melihat kesan tindakan PAS itu yang sekali gus mendedahkan wajah sebenar politik Malaysia yang diamalkan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak beberapa tahun lamanya.

Sementara itu mengulas mengenai penerimaan ahli PAS di Batu Talam berhubung tindakan memboikot itu, Ustaz Nasharudin berkata, setakat ini ahli tidak menolak malah menyokong tindakan itu.

Katanya lagi, tindakan itu sebenarnya satu 'pengajaran' kepada SPR dan kerajaan betapa seriusnya PAS menolak satu amalan demokrasi yang 'tempang'.

Mengulas mengenai dakwaan bahawa ada antara ahli PAS keluar parti berikutan tindakan boikot itu beliau berkata, khabar itu hanyalah 'lagu lama' yang sering didendangkan Umno setiap kali pilihan raya.

Najib membisu

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa Najib bertindak sedemikian setelah beberapa tekanan dihadapkan kepadanya terutama sekali apabila lidah rasmi PAS, Harakah mendedahkan dakwaan bekas TPM, Dato'Seri Anwar Ibrahim yang tidak menolak kemungkinan Najib terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

"Saya percara kepada keadilan, dan sebelum keputusan ke atas kes Altantuya dibuat, kita tidak boleh menyatakan bahawa Najib ada kaitan, tetapi apa yang perlu Najib perlu menafikannya jika tidak benar. Setakat ini Najib hanya membisu, ini yang menimbulkan banyak spekulasi tentang isu tersebut," katanya lagi. - lanh

Labels: , , , ,

0 Responses to “Najib berbohong atas tuduhan Pas menipu?”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health