TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Bab 263 - Riyadus Solihin, Haramnya Saksi Palsu

263 - Bab Pada Menyatakan Kuatnya Keharaman Saksi Palsu

Ayat-Ayat Suci Al-Qur’anul Karim Yang Berkaitan


وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ

1. Firman Allah Taala: Dan jauhilah perkataan-perkataan dusta.

[ Surah al-Haj ayat 30 ]

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ

2. Firman Allah Taala: Dan janganlah kamu ikuti apa yang kamu tidak tahu tentangnya.

[ Surah al-Isra’ ayat 36 ]

مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

3. Firman Allah Taala: Tidak ada satu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa hadir.

[ Surah Qaf ayat 18 ]

¨إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ

4. Firman Allah Taala: Sesungghnya Tuhanmu benar-benar mengawasi (amalan-amalan mereka dan akan membalasnya).

[ Surah al-Fajr ayat 14 ]

šوَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ

5. Firman Allah Taala: (Hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pemurah yang sebenar ialah) dan orang-orang yang tidak memberikan penyaksian palsu.

[ Surah al-Furqan ayat 72 ]

Hadis-Hadis Yang Berkaitan

وَعَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ؟ قُلْنا: بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ, قَالَ: الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ, وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ, فَقَالَ: ألَاْ وَقَوْلُ الزُّوْرِ, وَشَهَادَةُ الزُّوْرِ, فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا حَتَّى قُلْنَا لَيْتَهُ سَكَتَ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

1552/1- Daripada Abi Bakrah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Mahukah kamu semua jika aku beritahukan tentang sebesar-besar dosa besar? Kami menjawab: Sudah tentu (kami mahu) wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Menyekutukan (syirik) Allah dan menderhakai kedua ibu bapa dan sumpah palsu. Pada masa itu baginda sedang bersandar lalu baginda duduk dan bersabda: Ingatlah (juga dosa yang sangat besar ialah) perkataan palsu dan sumpah palsu. Baginda tidak henti-henti mengulanginya sehinggalah kami berkata: Alangkah baik kalau baginda berhenti (diam dan tidak mengulanginya lagi).

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Pengajaran Daripada Hadis

1. Besarnya dosa penderhakaan terhadap ibu bapa dan penyaksian palsu.

2. Peringatan berkali-kali diulangkan oleh Rasulullah s.a.w. menunjukkan bahayanya saksi palsu kepada masyarakat dan besarnya azab yang akan menimpa si pelakunya di akhirat.

Labels: , ,

0 Responses to “Bab 263 - Riyadus Solihin, Haramnya Saksi Palsu”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health