TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Bab 260a - Riyadus Solihin, Haramnya Berbohong

260 - Bab Pada Menyatakan Haramnya Berbohong

Ayat-Ayat Suci Al-Qur’anul Karim Yang Berkaitan

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ

1- Firman Allah Taala: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak tahu tentangnya.

[ Surah al-Isra’ ayat 36 ]

مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

2- Firman Allah Taala: Tidak ada satu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa hadir (Raqib Atid)

[ Surah Qaf ayat 18 ]

Hadis-Hadis Yang Berkaitan

وَعَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَاْلَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ, وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ, وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيقًا. وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ, وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ, وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

1543/1- Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasululllah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan akan membawa kepada syurga. Sesungguhnya seorang lelaki yang sentiasa bercakap benar dia akan ditulis di sisi Allah sebagai “siddiq” (orang yang benar). Dan berbohong pula membawa kepada kejahatan dan kejahatan pula membawa kepada neraka. Dan sesungguhnya seorang lelaki yang sentiasa berbohong akan ditulis di sisi Allah sebagai “kazzab” (seorang yang bohong).

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Pengajaran Daripada Hadis

1. Galakan kepada sentiasa bercakap benar dan larangan berbohong.

2. Bercakap benar boleh membawa tuannya kepada syurga dan berbohong pula membawa tuannya kepada neraka.

3. Orang yang sentiasa melakukan sesuatu akan dikenali dengan perkara itu.

وَعَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا, وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا: إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ, وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ, وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ, وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

1544/2- Daripada Abdullah bin A’mr bin al-A’s r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Empat perkara yang jika ada pada seseorang maka dia adalah seorang munafiq tulen. Dan seseorang yang bersifat dengan salah satu daripada sifat-sifat itu, maka sebenarnya terdapat padanya sifat munafiq sehinggalah dia meninggalkannya. Iaitu bila diberi amanah dia khianat dan bila bercakap dia berbohong dan bila berjanji dia munkir dan bila bertengkar dia melampau.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Pengajaran Daripada Hadis

1. Wajib kepada orang yang beriman menjauhi keempat-empat sifat tersebut kerana keempat-empat sifat tersebut adalah sifat orang munafik.

2. Yang dimaksudkan dengan munafik di dalam hadis ini ialah munafik amalan dan bukannya munafik I’tiqad (iaitu berpura-pura Islam padahal kufur).

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ تَحَلَّمَ بِحُلْمٍ لَمْ يَرَهُ كُلِّفَ أَنْ يَعْقِدَ بَيْنَ شَعِيرَتَيْنِ وَلَنْ يَفْعَلَ, وَمَنِ اسْتَمَعَ إِلَى حَدِيثِ قَوْمٍ وَهُمْ لَهُ كَارِهُونَ صُبَّ فِي أُذُنَيْهِ الْآنُكُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ, وَمَنْ صَوَّرَ صُورَةً عُذِّبَ وَكُلِّفَ أَنْ يَنْفُخَ فِيهَا الرُّوْحَ وَلَيْسَ بِنَافِخٍ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.

1545/3- Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mengaku bermimpi sesuatu sedangkan dia tidak pun bermimpi perkara itu maka dia akan dipaksa untuk mengikat dua biji syair dan pasti dia tidak akan mampu (melakukannya kerana perkara itu tidak mungkin dapat dilakukan). Dan barang siapa yang mencuri dengar percakapan sesuatu kaum sedangkan mereka tidak suka perkara itu didengar olehnya, maka akan dituangkan di kedua telinganya timah yang cair pada hari kiamat. Dan sesiapa yang membuat satu patung maka dia akan dipaksa untuk meniupkan ruh pada patung itu dan sudah tentu dia tidak mampu meniupkan ruh.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Pengajaran Daripada Hadis

1. Haramnya berbohong bermimpi sesuatu kerana ia bukan sahaja pembohongan terhadap manusia, tetapi juga pembohongan terhadap Allah.

2. Tidak harus kita mencuri dengar percakapan orang-orang lain kalau mereka tak suka diketahui perkara itu oleh orang lain kerana ia boleh menimbulkan pelbagai keburukan.

3. Balasan yang sangat besar yang akan menimpa orang-orang yang membuat patung, iaitu yang mempunyai jisim dan bayangan.

4. Berkata sebahagian ulama: Larangan membuat patung di sini tidaklah termasuk gambar-gambar fotografi, bahkan ia diharuskan melainkan jika ia diharamkan dengan sebab-sebab yang lain seperti gambar-gambar yang mendedah aurat, membawa kepada kesan-kesan egative dsbg.

وَعَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَاْلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْرَى الْفِرَى أَنْ يُرِيَ الرَّجُلُ عَيْنَيْهِ مَا لَمْ تَرَيَا. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.

1546/4- Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: (Sebahagian daripada) Pembohongan yang sangat besar ialah seseorang yang mengaku kedua matanya melihat (dalam mimpinya) perkara yang tidak dilihatnya.

Hadis riwayat Bukahri.

Pengajaran Daripada Hadis

1. Peringatan supaya menjauhkan pembohongan dalam akuan bermimpi.

Labels: , ,

0 Responses to “Bab 260a - Riyadus Solihin, Haramnya Berbohong”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health