TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Rusuhan dirancang pembangkang - versi Pak Lah

PM: Rusuhan dirancang pembangkang

KUCHING, 11 Sep - Datuk Seri Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kejadian rusuhan di Terengganu tiga malam lepas merupakan satu taktik yang sengaja dirancang oleh parti pembangkang yang gagal membangunkan negeri itu.

Katanya insiden yang berlaku apabila 500 penyokong pembangkang bertindak agresif setelah diminta oleh polis supaya bersurai daripada satu perhimpunan haram, mungkin berpunca daripada pembangkang yang merasa tertekan kerana tidak mampu membangunkan negeri itu semasa ia berkuasa di Terengganu.

"Ini adalah satu bukti mereka tidak bertanggungjawab dan tidak ada idea untuk membangun negeri itu," kata Perdana Menteri kepada pemberita sebelum berlepas ke Singapura untuk berucap pada Persidangan Forbes malam ini.

Dalam rusuhan itu, 23 orang orang ditahan kerana bertindak ganas termasuk menyerang polis dan membakar Jalur Gemilang. Empat anggota polis dilaporkan cedera setelah diserang oleh perusuh.

Abdullah berkata polis tidak akan mengenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap mereka yang ditahan itu sebaliknya akan bertindak mengikut prosedur biasa.

Beliau berkata pembangkang sengaja mahu mencemar kerajaan Barisan Nasional kerana mereka tahu mereka tidak ada peluang untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Perdana Menteri berkata rusuhan itu menunjukkan pembangkang mempunyai niat jahat mungkin kerana rakyat sedang bergembira ketika menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara.

Beliau berharap rakyat bersyukur dan menghargai keamanan dan keselamatan selain menikmati pembangunan dan kemakmuran negara.

Mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2006 yang menyenaraikan beberapa kelemahan dalam pengurusan wang oleh kementerian dan jabatan kerajaan, Abdullah berkata semua anggota kabinet telah diarah mengemas kini laporan audit masing-masing bagi menentukan sebarang persoalan yang timbul dapat dijelaskan sepenuhnya.

Katanya arahan itu telah dibuat dalam mesyuarat kabinet yang lepas sebelum beliau menghadiri sidang kemuncak Apec di Sydney.

Abdullah berkata beliau yakin pihak berkuasa yang berkenaan dapat memberi penjelasan mengenai mana-mana perbelanjaan yang menimbulkan keraguan.

Abdullah juga mengulangi bahawa Umno tidak akan membuka cawangannya di Sarawak.

Mengenai peruntukan RM4 bilion kepada Sarawak seperti yang beliau umumkan dalam Bajet 2008 Jumaat lepas, Perdana Menteri berkata ia akan digunakan untuk pelbagai projek bagi meningkatkan taraf hidup penduduk negeri itu.

Antara projek itu ialah pembinaan Jalan Kota Samarahan-Gumpeh dan menaik taraf Jalan Kuching-Sibu selain penyediaan kemudahan asas. BERNAMA

Labels: , ,

1 Responses to “Rusuhan dirancang pembangkang - versi Pak Lah”

  1. # Anonymous Anonymous

    hidup paklah  

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health