TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Bush puji pendekatan hadhari

Padan sekali!

Berita Harian, Oleh Wan Hazmir Bakar di Sydney, Australia


Pentadbiran Abdullah berjaya mantapkan kedudukan ekonomi, kekang pengganas

Sep 8 - PRESIDEN Amerika Syarikat, George W Bush, semalam memuji pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi memantapkan kedudukan ekonomi dan kesederhanaan masyarakat, sekali gus mengekang unsur militan.

Berucap pada Sidang Kemuncak Perniagaan Apec di sini semalam, Bush berkata pendekatan Malaysia adalah antara beberapa langkah pemimpin negara Asia Tenggara menangani ancaman kumpulan militan yang sudah meragut nyawa mereka yang tidak berdosa di Bali, Jakarta dan Manila.

"Negara di rantau ini memberi bantuan ekonomi kepada masyarakat susah di mana pengganas beroperasi supaya kita dapat membantu pemimpin sederhana agar masyarakatnya menolak keganasan dan politik radikal.

"Di Malaysia, Perdana Menteri mempromosikan apa yang beliau gelar Islam Hadhari kepada rakyat Malaysia untuk membuktikan bahawa sebuah negara Islam boleh menjadi moden, demokratik, toleransi dan berdaya saing dalam ekonomi,” katanya.

Dalam ucapan yang banyak menyentuh isu keselamatan daripada ekonomi itu, Bush turut memuji kerjasama Malaysia dan negara Asia Tenggara lain kepada Amerika dalam kempen memerangi keganasan antarabangsa.

Katanya, Malaysia dan Amerika sudah mewujudkan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Memerangi Keganasan (SEARCCT) di Kuala Lumpur, manakala pusat latihan penguat kuasa undang-undang di Jakarta dan Bangkok pula sedang memantapkan keupayaan pasukan keselamatan di seluruh rantau itu.

"Perang terhadap pengganas di rantau ini adalah antara kejayaan perang terhadap keganasan yang tidak dihebahkan dan banyak yang boleh dipelajari masyarakat dunia daripada pendekatan menangani keganasan yang dilaksanakan di rantau ini," katanya.

Mengenai ekonomi, Bush meminta negara Apec lain menyertai Amerika dalam memastikan kejayaan Pusingan Doha kerana tiada satu negara pun yang mampu memastikan kejayaan rundingan perdagangan antarabangsa itu bersendirian.

Sambil menyatakan tekad Amerika untuk mencapai kejayaan itu, Bush berkata beliau percaya pembukaan pasaran akan memakmurkan ekonomi dunia dan matlamat itu hanya boleh dicapai menerusi rundingan itu.

"Apabila rundingan bersambung semula di Geneva, pemimpin setiap negara perlu membuat keputusan sukar bagi mengurangkan halangan terhadap perdagangan dan kita mesti menumpukan kepada apa yang kita akan peroleh berbanding apa yang kita mungkin hilang," katanya.

Labels: , , ,

1 Responses to “Bush puji pendekatan hadhari”

  1. # Anonymous Anonymous

    Pak lah penakut.. lembik...semua nak ikut barat... tak ada pendirian langsung... Islam Had Hari... huhuhu  

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health