TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Video yang memalukan - Hasil pendidikan Islam BN

Dipetik dari TranungKite dengan tajuk..

Wahai UMNO, Deris Hadhari dan Dollah Hadhari - Lihat Lah Video yang memalukan


Oleh ahmadhadeed, TranungKite

http://video.google.com/videoplay?docid=4651840778465696637&hl=en

Pemerintahan UMNO telah menhancurkan akhlaq pemuda pemudi Melayu Muslim namun Dollah Hadhari dan Deris Hadhari masih menganggap mereka telah berjaya mewujudkan generasi Ulul Albab atau Melayu berketerampilan. Lihat saja video pelajar perempuan bertumbuk di sebuah sekolah menengah di Terengganu Darul Iman dan ini adalah hasil dari gerak kerja pemerintahan UMNO yang penuh dengan konsert , pesta dan menyekat dakwah Islam di sekolah. Pemuda pemudi Melayu hancur sehancurnya. Video ini adalah bukti kecelakaan pemerintahan UMNO yang gagal dalam segala hal.

Lima puluh tahun orang Melayu memberi peluang UMNO menjadi pemerintah dan apakah hasilannya dari segi kualiti pemuda pemudi yang di hasilkan oleh UMNO. Video di bawah adalah bukti pengkhianatan UMNO dalam membentuk akhlaq pemuda pemudi Melayu. Video di bawah adalah rakaman satu peristiwa yang memalukan yang berlaku dizaman UMNO mendabik dada mempunyai PM Dolah yang alim dan tidak malas bekerja. Video ini juga adalah peristiwa sebenar semasa Deris mulut celupar mengantung poster rakyat Terengganu adalah jenerasi Ulul Albab diseluruh bangunan dan jalan raya Terengganu.

aPeristiwa ini juga berlaku dalam keadaan Kementerian Pendidikan, Kementerian Penerangan Kementerian Belia dan Sukan, Jakim dan Jabatan Ugama menerima berbillion ringgit peruntukan saban tahun dengan program kearah membina masyarakat Melayu Islam yang maju dan berakhlak. Di manakah duit semua itu di belanja. Adakah ia di belanja benar benar untuk membina sosio saikologi remaja Melayu yang bertaqwa atau ia di belanja untuk mewujudkan belia Melayu yang suka berpesta dan jahil ugama supaya mereka dapat mengundi parti UMNO yang sekular?. Bukan kah pemuda pemudi yang tidak berakhlaq lebih berpotensi mengundi UMNO dari pemuda yang suka mendengar tafsir quran dan berusrah cenderung mengundi PAS dalam perkiraan strategi UMNO ?.

Mungkin juak juak UMNO akan berkata itu hanya isolated case atau kes terpencil 0.00001 percent. Kita tanya kepada juhala' ini , adakah perzinaan Chua So lek satu isolated case 0.00001 percent mewakili akhlaq pemimpin BN sehingg ia patut tidak dilayan. Adakah case insest atau adik beradik berzina di Malaysia dan rogol dan bunuh juga menjadi kes terpencil bagi UMNO. Kita mesti ingat bahawa kebanyakan kes terkutuk ini dilakukan oleh masyarakat Melayu yang mewakilkan UMNO untuk menjaga kepentingan mereka di Malaysia.

Rakyat perlu sedar sekarang UMNO telah gagal 120 percent dalam mentadbir negara dan menjamin penerusan generasi Melayu Islam yang sempurna. Sekarang masa nya masyarakat melayu Islam menilai kembali kepercayaan mereka kepada 'pirannas' politik yang bernama UMNO. Kepada ibu bapa , guru , ustaz dan aktivis social di kampong, lihatlah video ini dan inshaallah kita tidak akan terus menjadi pengikut UMNO yang tuli, bisu, tolol dan dayus.

Labels: ,

0 Responses to “Video yang memalukan - Hasil pendidikan Islam BN”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health