Abdullah Ahmad Badawi hidap leukimia kronik
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Thursday, January 10, 2008 at 12:13 AM.MELAKA, 9 Jan (Bernama) - Seorang kanak-kanak pesakit leukimia kronik Abdullah Ahmad Badawi, 9, di Taman Melayu di Padang Temu di sini hari ini dijanjikan bantuan perubatan oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
Pengerusi Biro Pengaduan Awam pergerakan itu, Datuk Subahan Kamal, menjanjikan bantuan tersebut ketika melawat Abdullah di rumahnya.
"Kami berjanji akan memberi bantuan sebaik mungkin kepada anak ini yang menyerupai nama Perdana Menteri," katanya.
Abdullah yang lahir pada 4 Julai 1999, disahkan mengalami leukimia sejak dua tahun lepas ketika berada di tahun satu sekolah rendah.
Akibatnya, beliau yang sepatutnya belajar di tahun tiga sekarang terpaksa berehat di rumah untuk menjalani rawatan.
Anak kepada pasangan Abdul Rahman Mahmud, 44, dan Zaitun Md Isa, 43, adalah yang kesepuluh daripada 12 adik-beradik yang dipanggil dengan nama mesra "Pak Lah" oleh anggota keluarga dan rakan-rakan.
Subahan berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan antara Abdullah dengan seorang doktor pakar di Kuala Lumpur minggu depan.
0 Responses to “Abdullah Ahmad Badawi hidap leukimia kronik”