Berdosalah saya - Perdana Menteri bertekad tidak biarkan Melayu ketinggalan
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Sunday, November 04, 2007 at 11:34 PM.Oleh Zulkifli Jalil, Utusan Online
“Berdosalah saya,’’ kata Perdana Menteri jika beliau membenarkan perkara itu berlaku.
Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata, orang Melayu sebenarnya adalah golongan yang paling banyak mendapat manfaat daripada pelan pembangunan wilayah itu kerana mereka merupakan kumpulan paling ramai menetap di kawasan tersebut.
Beliau bertekad mahu memastikan orang Melayu tidak lagi dibelenggu kemiskinan dan berani merebut peluang untuk membangunkan diri dan keluarga mereka.
‘‘Pembangunan koridor ini sesuai dengan agenda Melayu. Walaupun ia bukan secara eksklusif untuk orang Melayu, yang bukan Melayu pun ada peluang,’’ katanya dalam wawancara eksklusif dengan Mingguan
Wawancara itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-58 yang akan bermula dari Isnin hingga Jumaat ini.
Perdana Menteri berkata, sesetengah orang Melayu mungkin tidak nampak manfaat perancangan beliau dalam pelan wilayah ekonomi tersebut sedangkan melalui pembangunan itu mereka mempunyai peluang untuk membuat sesuatu yang jauh lebih baik.
‘‘Saya tidak mahu wujud situasi kalau orang Melayu jadi penanam padi, sampai bila-bila pun kerja tanam padi,’’ katanya.
Dalam hal ini, beliau yakin orang Melayu bukannya bodoh atau lemah, sebaliknya, kata beliau, mereka adalah golongan yang berkebolehan dan berfikiran matang.
Isnin lalu, Abdullah melancarkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang merupakan wilayah pembangunan ketiga negara selepas projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
Labels: BN, Islam Hadhari, Malaysia, Pak Lah, Umno
0 Responses to “Berdosalah saya - Perdana Menteri bertekad tidak biarkan Melayu ketinggalan”