TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Setelah agama dijual, Melayu digadai

'Tiada parti pejuang Islam dan Melayu selain Umno'

JELI, 26 Mei - Anggota parti pembangkang terutama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disaran menyertai Umno yang benar-benar berjuang menegakkan syiar Islam di negara ini berbanding parti yang mereka sertai itu.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mustapa Mohamed berkata Umno adalah satusatunya parti terbaik yang memperjuangkan nasib umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini berbanding Pas atau PKR.

"Semua orang Melayu dan Islam sepatutnya berjuang di bawah Umno kerana matlamat perjuangannya jelas demi agama dan bangsa," katanya kepada pemberita di rumahnya di Darul Falah di sini, hari ini.

Mustapa berkata adalah jelas Pas atau PKR gagal membela nasib bangsa dan agama kerana apa yang berlaku parti itu hanya memecahbelahkan bangsa dan masyarakat.

"Bagi saya sesiapa yang nak berjuang untuk Islam dan Melayu di Malaysia tak ada parti lain kecuali Umno," tegas Mustapa.

Beliau berkata memang menjadi matlamat perjuangan Umno sejak dahulu malah banyak perkara telahpun dilaksanakan dalam memajukan Islam dan bangsa Melayu. Bernama via mStarOnline

Labels: , , ,

0 Responses to “Setelah agama dijual, Melayu digadai”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health