BN pertahan bahasa kasar
1 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Friday, February 23, 2007 at 10:36 PM.Tiga Ahi Parlimen BN mahu terus guna ‘bahasa kasar’
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Tiga ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang terkenal dengan kelantangan suara masing-masing pada setiap sidang Dewan Rakyat akan terus menggunakan ‘bahasa kasar’ sekiranya keadaan memaksa mereka berbuat demikian.
Mereka berkata, dalam situasi tertentu, penggunaan bahasa yang sopan dan berhemah adalah tidak sesuai kerana ia tidak boleh menggambarkan luahan perasaan Ahli Parlimen ketika membahaskan satu-satu isu.
Menurut mereka, bahasa yang sopan juga kurang sesuai digunakan untuk mematahkan hujah barisan pembangkang terutama jika ia menyentuh maruah kerajaan serta parti atau sengaja membuat tuduhan melulu.
Pemangku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, ini tidak bermakna ahli Parlimen BN tidak mahu menggunakan bahasa lebih sopan tetapi terdapat keadaan yang mendorong mereka menggunakan ‘bahasa kasar’.
‘‘Dalam membahaskan satu-satu isu, penggunaan perkataan oleh pihak pembangkang kadangkala amat keterlaluan dan sebagai ahli Parlimen BN kami terpaksa bangun dan patahkan hujah dengan menggunakan bentuk bahasa yang sama,’’ katanya kepada Utusan
Beliau berkata demikian ketika mengulas langkah kerajaan Perlis menganjurkan ‘seminar mulut’ bagi membentuk bangsa
Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, seminar yang akan berlangsung pada 1 Mac itu bertujuan menyediakan garis panduan kepada rakyat cara penggunaan bahasa yang sopan dan berhemah.
Raja Ahmad Zainuddin berkata, beliau tidak boleh menghalang ahli Parlimen BN menggunakan bahasa kasar kerana terdapat faktor yang menyebabkan mereka terpaksa menggunakannya.
‘‘Cuma saya ingatkan kepada semua ahli Parlimen BN supaya tidak menggunakan bahasa lucah atau menunjukkan isyarat lucah ketika berbahas,’’ katanya lagi.
Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz berkata, secara umumnya semua ahli Parlimen BN mahu menggunakan bahasa yang sopan tetapi tidak semua situasi membolehkan mereka menggunakan bahasa berkenaan.
‘‘Seperti saya contohnya, apabila ada pembangkang yang
‘‘Dalam keadaan ini saya perlu menggunakan bahasa yang lebih tegas dan sekiranya perlu bahasa kasar, saya akan menggunakannya. Saya tidak mahu melihat mereka (pembangkang) begitu mudah memperlecehkan kita,’’ ujarnya.
Begitu juga jika Parlimen membincangkan isu luar negara seperti pencerobohan
‘‘Itu sebab ketika isu itu dibincangkan saya katakan Presiden Amerika dan Perdana Menteri
Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof ketika dihubungi turut bersetuju bahawa anggota Parlimen ada masanya terpaksa menggunakan bahasa kasar.
‘‘Bagi saya apa yang lebih penting ialah mesej yang hendak disampaikan oleh ahli Parlimen terbabit kepada rakyat. Terdapat sesetengah mesej yang hendak kita sampaikan memerlukan kita berbahasa lebih kasar.
‘‘Saya juga akui dalam kita berbahas, ekspresi dan luahan perasaan dapat digambarkan melalui kata-kata yang kita keluarkan dan pada masa itu penggunaan bahasa yang lebih sopan saya lihat kadang kala tidak sesuai,’’ ujarnya.
Bagaimanapun Mohd. Said berkata, beliau akan
yeezy shoes
jordan shoes
yeezy
yeezy boost 380
kd 10
jordans shoes
canada goose jacket
curry 6 shoes
kobe byrant shoes
yeezy 700