Batu Talam - Pengerusi SPR dakwa tindakan Pas & Keadilan bodoh
1 Comments Related Articles Published by TasekPauh Blogspot on Saturday, January 13, 2007 at 11:24 PM.Boikot Batu Talam - Pengerusi SPR dakwa tindakan bodoh
"Saya fikir keengganan untuk bertanding adalah langkah yang bodoh. Apa yang kamu
"Kamu bukannya alternatif kepada Barisan Nasional dari segi kekuatan, kebolehan dan organisasi".
Abdul Rashid bagaimanapun mengakui daftar pemilih yang disediakan SPR mempunyai begitu banyak nama mereka yang telah meninggal dunia.
"Saya percaya
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato' Kamarulzaman Mohd Noor dilaporkan oleh media tempatan sebagai enggan mengulas dakwaan mengenai kepincangan SPR, dengan berkata SPR melaksanakan tugas menyediakan ‘gelanggang’ untuk pilihan raya kecil itu.
Rabu lalu, PAS dan PKR mengumumkan akan memulaukan pilihan raya kecil itu kerana meyakini ada kepincangan pada SPR.
Kepincangan yang dibangkitkan itu termasuk daftar pemilih tidak tepat dan diragui serta penyalahgunaan undi pos menjadikan perspektif pilihan raya tidak telus dan prejudis.
Keputusan Pas dan PKR memulau pilihan raya kecil itu didakwa tidak menjejaskan sistem demokrasi dan mengganggu persiapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengendalikan pilihan raya itu.
Kamarulzaman berkata, dalam sistem demokrasi yang diamalkan
“Ia pilihan mereka, hendak bertanding atau tidak. Kita di SPR menjalankan tugas menyediakan gelanggang untuk mereka bertanding pada pilihan raya.
“Jika hanya ada seorang calon saja yang mengemukakan kertas pencalonan pada hari penamaan nanti, dia akan diumumkan sebagai pemenang,” katanya.
Katanya, SPR sedang membuat persiapan untuk hari penanaman calon dan pengundian, termasuk taklimat kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus pilihan raya itu serta menyediakan 11 sekolah dan sebuah balai raya sebagai pusat mengundi.
Katanya, latihan untuk 23 ketua pusat mengundi, kerani mengundi, kerani mengira undi dan kerani daftar pemilih juga akan diadakan sekiranya ada pertandingan.
“Setakat ini persiapan SPR berjalan lancar...kita mahukan semuanya berjalan lancar sehingga selesai pilihan raya. Jika ada pertandingan, kita menjangkakan keputusan diumumkan antara jam 8 malam hingga 9 malam, 28 Januari,” katanya.
SPR menetapkan 16 Januari ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian 28 Januari.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan, Dato' Tengku Paris Tengku Razlan daripada BN pada 27 Disember lalu kerana barah paru-paru dan usus.
Komen pembaca di MalaysiaToday:
sinis wrote:
“Dear Pengerusi SPR;
Memang rakyat bodoh selama ini mempercayai kamu sebagai badan yg berkecuali.
Sebenarnya rakyat hanya masih sedia keluar mengundi kerana pihak oposisi masih menyertainya.
Keputusan boikot adalah tepat yg selama ini kami nanti-nantikan. Kami tidak mahu lagi diperbodoh-bodohkan oleh kamu yg tidak mempunyai nilai harga diri sanggup menjadi kuda tunggangan Pemimpin BN walaupun kamu dalam keadaan sedar demi utk menjaga periuk nasi kamu.
Sebenarnya kamulah manusia yg paling bodoh didunia ini kerana sudi menjadikan diri kamu sebagai budak suruhan yg tiada harga diri walaupun kamu tahu perbuatan kamu itu salah”. 13/01 21:20:44
Labels: Batu Talam, Berita, Malaysia, Pilihanraya
...membenarkan diri kamu menjadi budak suruhan dan anjing-anjing Barisan Nasiona.... Tambah skit