Bab 265 - Riyadus Solihin, Harus melaknat pelaku maksiat tanpa menentukan sesiapa
1 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Tuesday, January 02, 2007 at 7:31 AM.Ayat-Ayat Suci Al-Qur’anulkarim Yang Berkaitan
أَلاَ لَعْنَةُ اللّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ
1. Firman Allah Taala: Ingatlah, laknat (kutukan) Allah ke atas orang-orang yang zalim.
[ Surah Hud ayat 18 ]
فَأَذَّنَ مُؤَذِّنٌ بَيْنَهُمْ أَن لَّعْنَةُ اللّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ
2. Firman Allah Taala: Lalu seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara mereka (dua golongan iaitu ahli syurga dan neraka dengan seruan) “Laknat (kutukan) Allah ke atas orang-orang yang zalim”.
[ Surah al-A’raf ayat 44 ]
Hadis-Hadis Yang Berkaitan
وَثَبَتَ فِيْ الصَّحِيْحِ أنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَعَنَ اللهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ.
Dan telah thabit (tetap) pada hadis yang sohih bahawa,
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah melaknat (tukang) penyambung rambut dan (pelanggan) yang meminta disambungkan rambutnya.
Baginda juga bersabda:
وَأَنَّهُ قَالَ: لَعَنَ اللَّهُ آكِلَ الرِّبَا
Allah melaknat orang yang memakan riba.
وَأَنَّهُ: لَعَنَ الْمُصَوِّرِينَ
Baginda juga melaknat (tukang) pembuat patung.
وَأنَّهُ قَالَ: لَعَنَ اللَّهُ مَنْ غَيَّرَ مَنَارَ الْأَرْضِ
Baginda juga bersabda: Allah melaknat sesiapa sahaja yang mengubah sempadan-sempadan tanah (batas-batasnya).
وَأنَّهُ قَالَ: لَعَنَ اللَّهُ السَّارِقَ يَسْرِقُ الْبَيْضَةَ فَتُقْطَعُ يَدُهُ
Baginda juga bersabda: Allah melaknat pencuri, dia mencuri telur …
وَأنَّهُ قَالَ: لَعَنَ اللَّهُ مَنْ لَعَنَ وَالِدَيْهِ
“Dan Allah melaknat orang yang melaknat ibu bapanya”.
وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ ذَبَحَ لِغَيْرِ اللَّهِ
“Dan Allah melaknat sesiapa sahaja yang menyembelih bukan kerana Allah” (seperti kerana jin, syaitan, kubur-kubur keramat dsbg).
وَأنَّهُ قَالَ: مَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا, أَوْ آوَى مُحْدِثًا, فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ.
Baginda juga bersabda: Sesiapa yang melakukan sesuatu (bid’ah atau kemaksiatan) di dalamnya (Madinah al-Munawwarah) atau melindungi pelakunya maka ke atasnya laknat Allah, para Malaikat dan juga manusia keseluruhannya.
وَأنَّهُ قَالَ: اللَّهُمَّ الْعَنْ رِعْلًا وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ, عَصَوُا اللَّهَ وَرَسُولَهُ.
Baginda juga bersabda: Ya Allah (wahai Tuhan Kami), laknatilah Ri’lan, Zakwan dan Usoyyah, mereka telah menderhakai Allah dan rasulNya. ( Tiga kabilah ini adalah kabilah-kabilah Arab.)
وَأنَّهُ قَالَ: لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ, اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ.
Baginda juga bersabda: Allah melaknat (kaum) Yahudi, (kerana) mereka telah menjadikan makam (kubur) nabi-nabi mereka sebagai masjid (tempat beribadat).
وَأنَّهُ: لَعَنَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ, وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ.
Baginda juga “melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan-perempuan yang menyerupai lelaki”.
Dan semua lafaz hadis-hadis ini adalah (bersumberkan daripada hadis-hadis yang) sohih dan sebahagiannya ada pada kedua-dua kitab Sohih Bukhari dan Sohih Muslim dan setengahnya pula ada dalam salah satu kitab tersebut. Saya bertujuan meringkaskan dengan hanya menunjukkan hadis-hadis tadi (untuk menjadi dalil dan hujah bagi tajuk ini). Dan saya akan mengemukakan kebanyakan daripada hadis-hadis tersebut di dalam bab masing-masing pada kitab ini, insya Allah.
Pengajaran Daripada Hadis-Hadis Tadi
1. Harusnya melaknat pelaku-pelaku dosa besar tanpa menentukan sesiapa.
2. Besarnya kesalahan yang dilakukan oleh orang yang dinyatakan laknat ke atas mereka dalam hadis-hadis tadi. Ini kerana laknatan itu adalah datang daripada lidah Rasulullah s.a.w. sendiri, iaitu manusia yang diiktiraf akhlaknya oleh Allah dan mempunyai akhlak yang paling unggul di dunia ini.
Labels: Hadis, Ilmu, Riyadus Solihin
Di dalam terjemahan ayat-ayat alQuran di atas, ia membawa maksud bahwa Allah SWT melaknat orang-orang Zalim, tetapi tidak adapun ayat atau hadis di atas yang membawa maksud bahwa manusia harus melaknat manusia lain yang zalim. Sila jelaskan.