Siri 3 - Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam
1 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Sunday, November 12, 2006 at 7:20 AM.Imam Yang Tidak Disukai Makmum Kerana Keburukan Perangainya
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ: ثَلَاثَةٌ لَا يَقْبَلُ اللَّهُ مِنْهُمْ صَلَاةً: مَنْ تَقَدَّمَ قَوْمًا وَهُمْ لَهُ كَارِهُونَ, وَرَجُلٌ أَتَى الصَّلَاةَ دِبَارًا, -وَالدِّبَارُ أَنْ يَأْتِيَهَا بَعْدَ أَنْ تَفُوتَهُ- وَرَجُلٌ اعْتَبَدَ مُحَرَّرَهُ. رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ وَابْنُ مَاجَة.
Daripada Abdullah bin Amr bin al-As r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiga golongan yang mana sembahyangnya tidak diterima oleh Allah SWT. (Mereka ialah): orang yang mengimami sesuatu kaum, padahal mereka tidak menyukainya, orang yang bersembahyang setelah luput waktunya dan orang yang memperhambakan orang yang telah dimerdekakannya (ataupun juga hamba yang mengengkari tuan yang memerdekakannya). Riwayat Abu Dawuud dan Ibnu Majah.
Pergerakan Makmum Adalah Sesudah Pergerakan Imam
عَنِ الْبَرَاء بْنِ عَازِبٍ الأَنْصَارِيِّ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ لَمْ يَحْنِ أَحَدٌ مِنَّا ظَهْرَهُ حَتَّى يَقَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَاجِدًا ثُمَّ نَقَعُ سُجُودًا بَعْدَهُ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Al-Barra' bin Azib menceritakan bahawa: (Kami para sahabat bersembahyang bersama Nabi s.a.w., dan) Apabila Rasulullah s.a.w. mengucapkan "SamiAllahu liman hamidah" (iaitu beriktidal), seorang pun di kalangan kami tidak menundukkan belakangnya (untuk bersujud) sehinggalah Rasulullah s.a.w. bersujud, lalu kami bersujud selepasnya. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Membantu Mengingatkan Kelupaan Imam
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى صَلَاةً, فَقَرَأَ فِيهَا فَلُبِسَ عَلَيْهِ, فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ لِأُبَيٍّ: أَصَلَّيْتَ مَعَنَا؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: فَمَا مَنَعَكَ؟ رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ.
Abdullah bin Umar menceritakan, pernah satu kali Rasulullah s.a.w. besembahyang, baginda membaca (ayat/surah) dan baginda terlupa (samar tentang ayat/surah yang dibacanya). Tatkala selesai sembahyang, baginda bersabda kepada Ubai bin Kaab: "Adakah kamu bersembahyang bersama kami"? beliau menjawab: Ya. Sabda baginda: (kalau begitu) "Apakah yang menghalangmu (daripada membacakan ayat itu kepadaku semasa aku kesamaran tadi)"? Riwayat Abu Dawuud.
Syarat Sah Ikutan
I- Tidak sah ikutan pada keadaan berikut:-
1- Tidak sah mengikut imam yang mana makmum mengetahui bahawa sembahyangnya (imam) adalah batal, samada kerana berhadas, najis atau sebagainya.
2- Tidak sah mengikut imam yang mana makmum menganggap bahawa sembahyangnya (imam) itu batal, sebab berlainan ijtihad pada kiblat dan sebagainya.
3- Tidak sah mengikut seseorang yang wajib baginya menqadha solatnya, seperti orang yang bersembahyang kerana menghormati waktu, yang bertayamum kerana air yang sejuk dan sebagainya.
4- Tidak sah bagi seseorang mengikut seseorang yang sedang menjadi makmum kepada orang lain. Tetapi jika dia sudah tidak lagi menjadi makmum, seperti makmum masbuk yang mana imamnya telahpun memberi salam, maka sahlah mengikutnya.
5- Tidak sah juga mengikut orang yang tidak diketahui keadaannya, adakah dia imam atau makmum.
6- Tidak sah bagi qari mengikut orang yang "ummiyy" iaitu orang yang tidak betul sebutan makhraj hurufnya.
7- Tidak sah bagi lelaki mengikut perempuan dan juga khunsa (pondan).
8- Tidak sah bagi khunsa mengikut khunsa dan juga perempuan.
9- Tidak sah mengikut orang yang kafir.
Dan sah ikutan pada keadaan berikut:-
1- Sah lelaki mengikut imam lelaki.
2- Sah perempuan mengikut lelaki.
3- Sah perempuan mengikut perempuan.
4- Sah sembahyang mengikut imam kanak-kanak yang telah mumayyiz.
5- Sah sembahyang yang berlainan niat imam dengan makmum, asalkan sama kaifiatnya, sekalipun berlainan rakaatnya.
6- Sah sembahyang fardu mengikut imam yang sembahyang sunat.
7- Sah juga sembahyang sunat mengikut imam yang bersembahyang fardu.
8- Sah sembahyang tunai mengikut imam yang sembahyang qada'.
9- Sah sembahyang qada mengikut imam yang sembahyang tunai.
10- Sah sembahyang "tamam" (dengan sempurna rakaat) di belakang musafir yang sembahyang "qasar" (memendekkan sembahyang empat rakaat menjadi dua rakaat), tetapi tidak sah yang "qasar" mengikut yang "tamam".
11- Sah sembahyang "jamak" (menghimpunkan antara zohor dan asar atau maghrib dengan isyak dalam satu waktu, samada dalam waktu pertama atau dalam waktu kedua bagi musafir), di belakang imam yang bermuqim (sembahyang biasa), dengan syarat ia (makmum itu) tidak menqasarkan sembahyangnya.
12- Sah sembahyang maghrib makmum yang ingin menjamakkannya dengan sembahyang isyak dan ingin mengqasarkan isyaknya di belakang imam yang bermuqim, kerana maghrib itu tidak boleh diqasarkan.
13- Sah sembahyang mengikut imam yang duduk (kerana keuzuran), padahal makmum berdiri.
14- Sah sembahyang mengikut imam yang buta.
15- Sah sembahyang yang berwuduk di belakang imam yang bertayammum.
16- Sah sembahyang di belakang imam yang fasiq, sekalipun makruh menjadikannya imam.
17- Sah sembahyang di belakang anak zina, sekalipun tidak elok menjadikannya imam (jika diketahui umum).
18- Sah sembahyang orang yang bermazhab Syafie di belakang mazhab lain.
19- Sah sembahyang di belakang imam yang kelazimannya tidak membaca doa qunut pada sembahyang subuh.
Labels: Ibadah, Ilmu, Solat Berjamaah
adidas yeezy boost
off white jordan 1
red bottom shoes for women
authentic jordans
golden goose
kevin durant shoes
longchamp
michael kors outlet
john wall shoes
caterpillar shoes