TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Pas disaran tidak bertanding jika pilihan raya tidak relevan - Deris Jusoh

Pandai betul Deris!

KUALA TERENGGANU 4 Mac – Pas hari ini disarankan supaya tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang apabila pemimpin mereka mendakwa pilihan raya sudah tidak relevan lagi pada masa kini, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam di Pahang baru-baru ini, Pas bertindak memulaukan pilihan raya itu, tetapi dalam masa yang sama masih meneruskan ceramah seolah-olah parti itu juga bertanding dalam pilihan raya berkenaan.

“Kalau pilihan raya sudah tidak relevan lagi bagi Pas, serah sajalah kepada Barisan Nasional (BN) dan Pas tak perlu susah-susah mengadakan ceramah di sana sini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Jasamu Dikenang anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Teluk Warisan Pulau Duyong di sini malam tadi. UtusanOnline

Labels: , ,

0 Responses to “Pas disaran tidak bertanding jika pilihan raya tidak relevan - Deris Jusoh”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health