Perancangan besar tumbangkan PAS Kelantan
1 Comments Related Articles Published by TasekPauh Blogspot on Saturday, February 10, 2007 at 9:12 AM.
'Grand design' tumbangkan PAS Kelantan
mStar Online, oleh Ian Mcintyre
KOTA BARU, Februari 8 - Umno Kelantan akan menyerahkan perancangan besar, atau 'grand design', untuk merampas negeri itu daripada PAS kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu pertemuan tertutup di Langkawi minggu depan.
Pertemuan sulit itu akan diadakan di sebuah pusat peranginan antara Abdullah dengan biro politik Umno negeri pada 13 Feb.
Biro itu dianggotai oleh pengerusi perhubungan negeri Datuk Seri Annuar Musa, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, setiausaha Datuk Ramzi Ab Rahman, bendahari Datuk Noorzahidi Omar dan ketua penerangan Datuk Md Alwi Che Ahmad.
Alwi berkata parti itu itu memerlukan sokongan penuh kepemimpinan tertinggi jika benar-benar ingin merebut Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990.
"Apabila kita mendapat lampu hijau dan sokongan, kita boleh terus bergerak," kata Alwi, yang juga anggota parlimen Ketereh.
"Kita juga mahu pendapat dan maklum balas Pak Lah tentang perancangan ini. Kita tidak tahu tarikh sebenar pilihan raya umum tetapi kita memang serius untuk merebut negeri ini, jadi lebih baik mulakan gerakan awal."
Perancangan dasar itu akan menyatakan bentuk strategi dan sumber Umno bagi menumbangkan PAS yang kini hanya mempunyai kelebihan majoriti sebuah kerusi.
Ia turut menekankan langkah mencepatkan pelaksanaan program-program sosio-ekonomi bagi meyakinkan pengundi bahawa Umno masih relevan di Kelantan, selain menyeru sokongan tidak berbelah bahagi di semua peringkat jentera parti.
Alwi berkata Umno negeri ini selalunya tidak berdepan masalah tempatan tetapi kebanyakannya isu-isu nasional seperti perpecahan akibat kemunculan Team B pada penghujung 1980-an dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada akhir 1990-an yang menghakis sokongan rakyat kepada parti itu. mStar Online
Alwi berkata parti itu itu memerlukan sokongan penuh kepemimpinan tertinggi jika benar-benar ingin merebut Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990.
california king bed sheet sets ,
summer bedspreads king size ,