Bab 267 - Riyadus Solihin, Haram Memaki Orang Telah Mati tanpa hak & agama
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Thursday, January 18, 2007 at 12:01 AM.267- Bab Haramnya Memaki Orang Yang Telah Mati Tanpa Hak Dan Kepentingan Agama
(Yang dimaksudkan dengan hak dan kepentingan agama) ialah mengingatkan supaya jangan terikut dengan bid’ahnya, kejahatannya atau sebagainnya, (maka yang demikian adalah harus). Dan (dalil) bagi tajuk ini ialah ayat suci dan hadis-hadis yang telah lepas (disebutkan) dalam bab sebelum ini.
وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تَسُبُّوا الْأَمْوَاتَ, فَإِنَّهُمْ قَدْ أَفْضَوْا إِلَى مَا قَدَّمُوا. رَوَاهُ البُخَارِيُّ.
1566/1- Daripada A’isyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu mencela orang-orang yang telah pun mati. Maka sesungguhnya mereka telah sampai kepada apa yang mereka amalkan (samada kebaikan atau keburukan).
Hadis riwayat Bukhari.
Pengajaran Daripada Hadis
1. Sebagaimana kita dilarang mencela orang mukmin ketika mereka hidup, kita juga dilarang mencela mereka sesudah mereka sudah meninggal dunia.
2. Kita tidaklah dipersoalkan dengan amalan orang lain, tetapi amalan kita sendiri. Kerana itu, jagalah mulut kita daripada mencela orang yang telah mati.
3. Amar makruf dan nahi munkar adalah dituntut kepada masyarakat yang masih hidup, dan bukannya yang telah mati. Orang yang telah mati sedikitpun tidak boleh mengubah keadaan mereka, kerana mereka sudah mendapat balasan amal yang mereka lakukan, samada baik atau buruk.
4. Betapa indahnya akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
5. Adanya azab kubur.
Labels: Hadis, Ilmu, Riyadus Solihin
0 Responses to “Bab 267 - Riyadus Solihin, Haram Memaki Orang Telah Mati tanpa hak & agama”