Bab 266 - Riyadus Solihin, Haram Memaki Muslim Tanpa Hak
3 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Sunday, January 07, 2007 at 7:32 AM.266 - Bab Pada Haramnya Memaki Muslim Tanpa Hak
Ayat-Ayat Suci Al-Qur’anul Karim Yang Berkaitan
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا
1- Firman Allah Taala: Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat (perempuan yang beriman) tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul pembohongan dan dosa yang nyata.
[ Surah al-Ahzab ayat 58 ]
Hadis-Hadis Yang Berkaitan
عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1561/1- Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Memaki hamun orang Islam itu fasik (keluar daripada ketaatan kepada Allah) dan membunuhnya pula adalah kufur.
Hadis riwayat Bukahri dan Muslim.
Pengajaran Daripada Hadis
1. Pada setengah naskhah “memaki hamun orang Islam itu seperti membunuhnya”, dan ini juga adalah hadis sohih seperti hadis di atas yang juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.
2. Memaki hamun muslim adalah berdosa dan haram sebagaimana haramnya membunuh muslim.
3. Mencela dan membunuh muslim adalah kufur juka dihalalkannya.
4. Orang yang mencela dan membunuh muslim adalah orang yang kufur nikmat dan tidak menunaikan hak persaudaraan seIslam.
وَعَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, أَنَّهُ سَمِعَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفِسْقِ أَوْ بِالْكُفْرِ إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
1562/2- Daripada Abi Zar r.a. bahawasanya beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah seorang lelaki yang melontarkan kepada seorang yang lain (dengan kata-kata) fasik atau kufur melainkan perkataan tadi akan kembali kepadanya jikalau yang dikatakan itu bukanlah (bersifat) demikian”.
Hadis riwayat Bukhari.
Pengajaran Daripada Hadis
1. Kita tidak boleh sewenang-wenang menuduh seseorang dengan fasik atau kufur.
2. Kefasikan atau kekufuran itu akan kembali kepada si pengata jika orang yang dikatakan itu tidaklah bersifat demikian.
3. Memfasikkan seorang mukmin yang baik akan menyebabkan kefasikan dan mengkafirkan orang yang beriman pula bukanlah sikap orang Islam yang sejati.
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْمُتَسَابَّاْنِ مَا قَالَا فَعَلَى الْبَادِي مِنْهُمَا, حَتَّى يَعْتَدِيَ الْمَظْلُومُ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
1563/3- Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Apa yang dikatakan oleh dua orang yang saling memaki hamun itu (daripada dosa dsbg.) dikenakan ke atas orang yang memulakan makian itu, melainkan jika yang dizalimi (yang dimaki) itu melampaui (batas dengan membalasnya melebihi daripada kezaliman tadi).
Hadis riwayat Muslim.
Pengajaran Daripada Hadis
1. Harus membalas cacian dengan cacian jika tidak melebihi kadar cacian yang terkenanya, tetapi bersabar dan memaafkannya adalah lebih baik. Dan orang yang mampu berbuat demikian adalah orang yang mendapat limpahan kurniaan Allah SWT.
2. Dosa makian antara dua orang yang berbalah itu akan kembali kepada yang memulakan makian itu melainkan jika yang kedua itu melebihi kadar membalas, bahkan menajamkan lagi makiannya.
3. Larangan memulakan membuat perbuatan yang buruk dan keji.
وَعَنْهُ قال: أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجُلٍ قَدْ شَرِبَ, قَالَ: اضْرِبُوهُ. قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: فَمِنَّا الضَّارِبُ بِيَدِهِ, وَالضَّارِبُ بِنَعْلِهِ, وَالضَّارِبُ بِثَوْبِهِ, فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ: أَخْزَاكَ اللَّهُ, قَالَ: لَا تَقُولُوا هَكَذَا, لَا تُعِينُوا عَلَيْهِ الشَّيْطَانَ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
1564/4- Daripada beliau juga (Abu Hurairah r.a.) katanya, telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. seorang yang telah minum (arak). Baginda bersabda: Pukullah dia. Berkata Abu Hurairah:
Hadis riwayat Bukhari.
Pengajaran Daripada Hadis
1. Orang yang meminum arak boleh dikenakan hukum hudud jika sabit kesalahannya.
2. Syaitan suka kepada orang yang memaki hamun.
3. Syaitan sentiasa berusaha untuk mengecewakan hamba Allah di akhirat. Jika kita berdoa supaya orang yang beriman itu dikecewakan Allah maka bererti kita menolong syaitan dalam mencapai hastrat jahatnya itu.
وَعَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: مَنْ قَذَفَ مَمْلُوكَهُ بِالزِّنَا, يُقَامُ عَلَيْهِ الْحَدُّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ, إِلَّا أَنْ يَكُونَ كَمَا قَالَ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1565/5- Daripada beliau juga (Abu Hurairah r.a.) katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menuduh hambanya dengan berzina, akan dikenakan ke atasnya hukuman had (hudud) pada hari kiamat, melainkan jika benar apa yang dia katakan (tuduhan) itu.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Pengajaran Daripada Hadis
1. Kita dilarang menzalimi orang bawahan kita samada dengan perbuatan ataupun perkataan.
2. Allah s.w.t. itu Maha Adil dan orang yang zalim tidak akan terlepas begitu sahaja sekalipun mereka terlepas di dunia ini.
3. Semua orang akan terbela dan perlu dihormati dalam ajaran Islam sekalipun mereka adalah golongan hamba abdi.Labels: Hadis, Ilmu, Riyadus Solihin
louis vuitton handbags
cheap oakley sunglasses
canada goose jackets
michael kors outlet
christian louboutin outlet
ugg outlet
marc jacobs
toms outlet
uggs for men
ugg boots
fitflops sale clearance
michael kors handbags
polo ralph lauren
michael kors outlet clearance
michael kors outlet online
coach factory outlet
louis vuitton handbags
canada goose jackets
coach outlet
ugg slippers
uggs on sale
michael kors outlet online
toms shoes
instyler curling iron
gucci shoes
polo ralph lauren outlet
michael kors outlet
christian louboutin outlet
louis vuitton outlet
louis vuitton handbags
gucci handbags
oakley sunglasses
coach factory outlet
nike air huarache
michael kors handbags
20151216yuanyuan
air jordans
jordan 13
supreme hoodie
curry 4
adidas iniki
golden goose sneakers
asics gel kayano
yeezy shoes
nike epic react flyknit
off white clothing
offwhite
michael kors outlet
moncler outlet
kyrie 4 shoes
nike max
balenciaga triple s
hermes handbags bag
hermes handbags
yeezy shoes
hermes online