TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Saya anak Umno jati

“Saya anak Umno jati, bapa Umno, emak Umno, malah datuk saya pun Umno. Jadi sayang saya kepada Umno tentulah jangan dipersoalkan." - Pak Lah

Pak Lah ikrar pertahan maruah, harapan Umno

Berita Harian, 18 Ogos - DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berjanji di hadapan pejuang kemerdekaan dan veteran Umno bahawa sebagai Presiden parti, beliau akan terus menjaga Umno supaya sentiasa kuat, berpengaruh, maju dan meningkat jaya.

Ikrar penuh semangat itu dilafazkan beliau di hadapan kira-kira 3,500 pejuang kemerdekaan dan veteran Umno pada Perhimpunan Perdana Veteran Merdeka anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Kementerian Penerangan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.

“Saya sebagai Presiden parti akan menjaga Umno supaya terus kuat, berpengaruh, maju dan meningkat jaya. Inilah janji yang saya nak berikan kepada pejuang bangsa semua, supaya tuan-tuan dan puan-puan tidak akan kecewa,” katanya berucap pada perhimpunan berkenaan.

Abdullah berkata, beliau tidak akan menjadikan kesibukan sebagai alasan untuk tidak menghadiri perhimpunan dengan veteran merdeka, kerana mereka bukan saja pejuang bangsa dan negara, malah kawan kepada orang tua beliau yang berjasa membawa kemerdekaan.
“Saya anak Umno jati, bapa Umno, emak Umno, malah datuk saya pun Umno. Jadi sayang saya kepada Umno tentulah jangan dipersoalkan.
“Sebagai Presiden Umno, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, saya ucap terima kasih dan penghargaan kepada jasa veteran,” katanya.

Sementara itu, Abdullah melancarkan jentera pilihan raya Puteri Umno Melaka, malam tadi.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin; Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim; Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Puteri Umno Melaka, Mas Ermieyati Samsudin. BeritaHarianOnline

Labels: , ,

1 Responses to “Saya anak Umno jati”

  1. # Anonymous best summer blanket 2021

    Berita Harian, 18 Ogos - DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berjanji di hadapan pejuang kemerdekaan dan veteran Umno bahawa sebagai Presiden parti, beliau akan terus menjaga Umno supaya sentiasa kuat, berpengaruh, maju dan meningkat jaya.
    best web development companies in canada ,
    web design vancouver ,  

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health