Thursday, February 22, 2007

Pas jemput ke sesi dialog 3 Mac depan

Laman web MToday bersama Pas akan menganjur satu sesi dialog antara Pas dan ahli MToday. Syabas kepada MToday dan juga kepada pimpinan Pas kerana bersedia mengambil peluang untuk menyampaikan mesej kepada ahli MToday dan pembaca keseluruhannya. MToday kelolaan Raja Petra Kamaruddin dikatakan mencatat 1.6 juta hits sehari.

Diharap forum ini dapat memberi peluang kepada semua untuk bertanya dan berdialog kearah memahami perspektif Pas untuk membentuk satu barisan pembangkang yang kuat.

Sesiapa yang berminat dan tidak mahu ketinggalan, sila daftar sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment