Saturday, August 22, 2009

Islam Plastik, bukan Palestin

Tohmahan media umno menggilakan. Islam plastik tak sama dengan islam palestin.
Saya sempat mendengar rakaman ucapan TG Nik Aziz di buletin TV3 2 atau 3 malam lepas, tapi tak sempat mengamati dengan sempurna. Alhamdulillah, RPK sempat merakam ucapan tersebut dan menyiarkannya secara verbatim di MalaysiaToday yang saya salin di bawah. Ia baik disiarkan seluas mungkin.
Nik Aziz’s statement as reported by Buletin Utama TV3:
‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.’
‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’
Nik Aziz’s statement as reported by Bernama:
Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.
‘Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

6 comments:

  1. Kah kah kah kah kah!

    Plastik boleh jadi Palestin? spastik sungguh!

    ReplyDelete
  2. Salam

    Islam Plastik atau Islam Palestin tak penting.Yang PALING UTAMA PERPECAHAN UMAT ISLAM.
    BILA NAK BERDAMAI....?

    ReplyDelete
  3. salam..dah nama pun Islam plastik..pe hal bro...

    ReplyDelete